Wednesday 7 December 2011

Kelabu

berdiri aku di atas bagunan kelabu
memandang jauh jauh yang kelabu
ruang kelabu
langit kelabu
tasik kelabu
bukit kelabu

aku sedut udara kelabu
dalam dalam kelabu
hembus hembus kelabu
tenang tenang kelabu

peparu kian kelabu
otak kian kelabu
aku kian kelabu
hilang dalam kelabu..

Wednesday 23 November 2011

Review: .44


Review:

Babi Negara/khrlhsym
Kisah pendekar yang hidup lama yang ingin mencari pemusnah Negara yang bernama babi Negara. Aku sangka babi Negara adalah binatang tapi ...

Hegomonia/Lucifer
Bila lama memerintah, Zaphikel menjadi zalim. Sariel bangun membebaskan diri sekaligus Negara.

Mesej Untuk Tuhan/khrlhsym
Membawa mesej tuhan tahu apa yang kita mahu. Walaupun hanya berimaginasi tanpa luahan..

Baju Kusam/khrlhsym
Hidup mesti diteruskan walaupun sudah putus cinta. Yang kusam harus diganti untuk terus hidup..

Zeus Ikan Sardin/Lucifer
Buat manusia bagai buat ikan sardin?

Aplikasi Bimasakti/khrlhsym
Satu program yang telah dibangunkan , bimasakti yang mana dalamnya terdapat program homosepien. Bila mutasi berlaku, homosapien berubah, tidak lagi seperti yang diprogramkan..

Nama Guwa/Lucifer
Kisah fidel yang boleh jadi penterjemah kata kata anggota badan. Bila mulut membisu, kenyataan terserlah dan itu menyakitkan. Tidak semua terima kenyataan..

Halimunan/khrlhsym
“ternyata aku juga hasil seni tuhan yang halimunan”, ternyata sakit bila hanya memerhati, tanpa diperhatikan. Halimunan..

Perang Hurufhiyah/Lucifer
Scenario politik Negara yang semakin menggila. Gila mereka dapat apa yang mereka mahu tapi rakyat? Gila sendiri..

Penunggu/khrlhsym
Mata pena lebih tajam dari mata pedang. Mungkin itu dapat kita simpulkan. Penulisan kadang kadang menyakitkan..

Fundamentalisuci/Lucifer
Kisah pentaksub agama yang tidak suka mengkaji.

Gila Bayang/khrlhsym
Jika cinta ditolak, apa apa pun boleh jadi.

Tiga Ratus Enam  Puluh Darjah/Lucifer
Kadang kadang berlagak bodoh lebih elok dari banyak berfikir. Jika berfikir, benda yang simple boleh jdi complex..

Hitam Putih/khrlhsym
Mencari idea tidak semudah yang disangka.

Taman Permainan Leviathan/Lucifer
Mungkin ini dikatakan monopoli. Pelopor akan sentiasa di atas, walaupun hasil orang lain.

Tanpa Pergerakan/khrlhsym
Jika ada yang berpendapat ianya suram, aku berpendapat ini menenangkan. Tanpa gerakan, biarkan otak melayang laying, bebas, tanpa gerakan..

Holo Interaktikal/Lucifer
Kisah mesin masa atau ketagihan Methselethone?

Secawan Kopi Bersama Gudang Garam/khrlhsym
Aku tidak tahu nikmatnya gudang garam tapi aku tahu nikmatnya kopi. Aku tahu nikmatnya gudang garam dari sini tapi tak mungkin aku akan merokok..

Katarsis/Lucifer
Satu lagi kisah adaptasi masyarakat hari ini. Menggunakan nigel dan fillip sebagai metafora kejadian benar..

Kosong/khrlhsym
“kosong juga berisi sebenarnya, isinya ialahlah tiada”, maka aku tidaklah kosong sangat..

Anatomi Mega Mall/Lucifer
Jika semua organ dapat dijual, maka anatomi megamall ini mungkin member pulangan yang lumayan. Setiap organ dapat dinilai dan nilainya bergantung pada penggunaan. Jika ia kurang digunakan, harganya lebih mahal. Agak agak berapa nilai otak aku..

Mustahil/khrlhsym
Mustahil? Mungkin juga tidak mustahil.

Bintang Pagi/Lucifer
Mencari maksud sebenar Lucifer. Lucifer bukanlah nama ketua syaitan yang telah semua percaya..

Sepuloh Pintu/khrlhsym
Usaha, azam, cita cita, EGO. Ada yang senang puas hati sedang ada yang sentiasa berusaha. Jika di atas, pandang bawah untuk menolong, bukan menghina..

Distopia/Lucifer
Jika buku dibakar, banyak yang akan hilang. Daya imaginasi. Pemikiran. Falsafah. Tapi buku juga candu yang mengkhayalkan..

Kalah/khrlhsym
Seorang pejual tak mudah mengaku kalah sedang yang lain senang senang masuk kealam kekalahan.

Lantai Berkasih Sayang/Lucifer
Buli? Kitar hidup senior junior takkan pernah habis. Senior tamat, junior menjadi senior dan yang baru menjadi junior..

Halusinasi/khrlhsym
Kisah seorng lelaki kehilangan kekasih. Sampai bila harus tunggu?

Lelucon Modenisasi/Lucifer
Kehidupan manusia zaman moden. Bila suatu yang batil ditegakkan dan tiada dosa pahala dikira.

Penulis/khrlhsym
Bila seseorang sudah samapi satu puncak, ego menguasai. Bagaimana perasaan jika hanya dikalahkan oleh seorang kanak kanak?

Mesin Basuh dan Serbuk Pencuci/Lucifer
Mesin basuh dan serbuk pencuci ini lebih dari membersih. Ia membersih minda, mungkin ini brain wash..

Wakil Tuhan/khrlhsym
Orang yang dibunuh tanpa sengaja dapat masuk syurga? Mungkin itu wakil tuhan saja dapat lakukan..

Poin Lima Kosong Kaliber/Lucifer
Satu kekeliruan. Jika satu tangan sudah dipotong, bagaimana radius dapat menggunakan sudu dan garfu? Mungkin cara mati dapat hilangkan terus seksaan jiwa?

Tiket Sorga/khrlhsym
Jika pahala sedikit, usah berangan ke syurga. Setan akan sentiasa sesatkan manusia. Teruskan beramal. Bukan senang nak masuk syurga..

Potret Famili/Lucifer
Kisah pergolakkan rumah tangga tahap kritikal, sudah tidak normal. Benar kata orang, bayi bagaikan kain putih yang belum dicorakkan. Sekali dicorak, ia kekal..

Sorga/khrlhsym
Syurga dunia agak mudah didapati.

Pilihan Raya/khrlhsym
Gambar politik Negara. Bila berjanji memang enak didengari. Belakang hari??

Dosa Dua Kali/khrlhsym
Skrip teater tentang mentaliti orang melayu tentang halal. Bila yang haram dihalalkan dan bila yang haram membawa haram yang lain. Dosa dua kali..

Talian Yang Tak Bersahut/Lucifer
Aku tak berapa memahami kisah ini tapi ianya tentang kesinyian apabila ditinggalkan..

Mencari Jawaban/khrlhsym
Anton yang mencari jawapan persoalan jarak antara manusia dan tuhan melalui angka. Jika difikirkan, tidak semua dapat difikirkan manusia perihal ketuhanan

Kisah Seekor Mamalia Genit Yang Walang/Lucifer
Kisah seorang bapa dari keluarga yang miskin yang tiba tiba menjadi tikus yang genit.
Rumah Kecil/khrlhsym

Rumah kecil, pak man impikan ruamh yang lebih besar untuk beri keselesaan seisi keluarga tapi dapatkah rumah besar beri kebahagaian??

Haram/khrlhsym
“sebab satu haram dah cukup”,tapi haram tetap haram..


Bagi aku buku ini berbaloi untuk dimiliki. Boleh didapati dari http://keratstudio.blogspot.com/

Monday 14 November 2011

Teater

mimpi bagaikan teater
cerita satu persatu
silih berganti
muncul
mencerna pemikiran
adakah betul berlaku

hanya sekadar teater
penceritaan

cerita
mungkin berlaku
mungkin tidak

Thursday 13 October 2011

TAKUT!!

takut
penakut
memang aku penakut
penakut yang takutkankan masa depan
masa depan yang kelam
kabur
gelap...

memikirkan masa depan
aku selipkan rasa riang
gembira
menutup segala galanya
rasa optimis
optimis membunuh
"ah, esok ada lagi"
"lusa jugak"
"tulat masih sempat"

mungkin esok masih ada
lusa juga
tulat masih menanti

antara dua
aku meninggalkan masa
atau masa meninggalkan aku..

"barbarian"
mungkin aku perlu takut jua

Tuesday 13 September 2011

Wira

antara Tuah dan Jebat
siapa wira?

antara Tuah setia dan Jebat derhaka
atau Jebat pembela dan Tuah pembelot

antara rakan atau pemimpin
antara maruah atau darjat
antara keadilan dan kesetiaan

Monday 22 August 2011

M E R D E K A




merdeka
sudah berpuluh tahun merdeka
acap kali kita dengar
acap kali kita sebut
acap kali kita nyanyi
acap kali kita laung

apa itu merdeka?
bebas?
bebaskah kita?

saat ini
otak diracuni idealogi
mata dibuta teknologi
teliga dipekak bunyi-bunyi
mulut dibisu janji-janji
tangan digari kemewahan duniawi
kaki terkunci
kaku membatu di tempat sendiri

selamat menyambut hari kemerdekaan

mungkin ini entry terakhir sblm hari raya

"Selamat Hari Raya"
Maaf Zahir dan Batin


Friday 19 August 2011

Sahur


seperti biasa, waktu bulan puasa, aku akan setkan alarm di telefon bimbit pada pukul 4 pagi. pada pukul 4 pagi ia berbunyi. aku bangun tapi silentkan ia sebelum kembali tidur.

selepas 4 kali bunyi, 20 minit selepas itu, aku terjaga. aku bergegas turun ke dewan makan. tak ramai sangat yang ada. "awal lg ke?", bertanya aku dalam diri. sempat lagi aku borak dengan rakan-rakan. kaunter lauk cuma dibuka satu saja. mungkin sebab pelajar perempuan belum turun.

selang beberapa minit, pelajar perempuan turun. ramai. satu kaunter lagi dibuka. aku dengan senang hati menhambil nasi dahulu.  kaunter nasi diasingkan dari kaunter lauk. lalu aku beratur. panjang. sekejap saja kaunter lauk untuk pelajar perempuan sudah habis. ditutup. maka, dua-dua barisan beratur menuju satu kaunter. sesak.

aku tak tahu mana datang tapi dalam pinggan aku sudah ada seketul ayam, bahagian kepak yang aku suka. aku cuma mahu ketam masak merah yang ada di kaunter itu. tinggal 5 orang saja beratur di depan aku. tiba-tiba lauk habis. semua pelajar keluar daripada barisan. lauk ayam dalam pinggan tadi juga lesap. "siapa ambik lauk aku", marah aku pada mereka yang terdekat. melihat pinggan. ayam sudah kembali ada. seorang kawan dengan muka sedih berada di sebelah. aku tahu dia yang ambil tadi. aku kembali ke kaunter. ada seketul ayam lagi. "ni ada seketul lg", aku memanggil rakan tadi.

aku mencari tempat untuk makan. baru bersila, tiba-tiba azan sudah berbunyi. "sebelum azan habis, boleh makan lagikan?", tanya aku pada rakan-rakan yang nampak sudah kecewa. mereka tak menjawab. aku berusaha menelan daging ayam tanpa mengunyah. seksa. tercekik. azan sudah habis. "macam mana ni? daging ni kena keluarkan. kalau x batal puasa aku."

aku tersedar. mimpi rupanya. jam dah 5.10 pagi. sudah lewat. kejutkan kawan serumah yang lena tidur. "woi, dah 5.10 ni. tak nak sahur ke?", kawan membuka mata sekejap sebelum pejamkan balik. "dah lewat ni, nak sahur ke tak nak?". " kau pergi dululah", katanya sambil pejam mata.

menyusur jalan sepi di pagi hari mencari kedai yang nasih dibuka. "dah tutp dah kedai ni. kedai depan ada lagi. pergi sanalah", monolog aku sendirian. sampai saja di kedai makan, aku tengok meja hidangan da kosong. "ada lauk lagi bang", jerit aku pada tauke kedai. "ada lg", jawapnya dari jauh. aku turun dari motosikal. tengok lauk. dah habis. "ayam ada lagi kak". " dah habis. ni saja tinggal", katanya sambil tunjuk ikan tongkol singgang. "bagi saja kak. lauk separuh".

masa kembali ke rumah, kelihatan dua tiga biji motosikal mundar mandir mencari juadah sahur. sebiji kedai tutp awal dan sebiji kedai yang sudah kehabisan lauk. rezeki aku juga dapat nasi lauk ikan tongkol singgang. sampai rumah pukul 5.25. memang sempat sahur lagi ni~

Monday 15 August 2011

Sang Pemimipi

orang kata
mimpi harus tinggi
mengambil risiko paling tinggi
baru ada daya hidup
daya hidup mengejar mimpi
melaksanakan mimpi

orang kata
mimpi tak boleh melampau tinggi
nanti jatuh
tersungkur
susah nak bangkit kembali

"yang penting bukan seberapa besar mimpi kita
tapi seberapa besar kita untuk mimpi itu"

mimpilah yang tinggi
harus yakin
cari jalan terbaik
realisasikannya

jalan dihadapan bukannya senang..


ilham:
Sang Pemimpi
Andrea Hirata

Thursday 11 August 2011

JIKA

jika bulan mampu bicara

jika bintang mampu senyum bersama

jika angin mampu menari bersama

jika air mampu menyamankan suasana

jika tanah mampu memberi mahligai istimewa

jika..


Monday 8 August 2011

MALAM

malam
mendongak ke langit
memandang jauh ke atas
nampak angkuh

meneliti setiap butiran kerdil
atas satu hamparan yang luas
berkelipan

butiran kerdil
cantik
tersusaun elok atas hamparan luas
bukti kehebatan sang pencipta

atmosfera semakin kelam
ditutup lapisan hitam
menambah kepekatan malam

lapisan hitam
memutup pandangan
pandangan pada yang kerdil
yang jauh di atas sana


sama pada yang kerdil
sama pada bukti sang pencipta
mungkin sama pada sang pencipta


kehidupan semakin diburu kegelapan

Thursday 4 August 2011

Cahaya

siapa kata putih itu bersih
siapa kata hitam itu kotor

cahaya putih menerangi setiap pelusuk alam
mata anugerahNya
melihat segala kemungkaran
kemungkaran manusia
kemungkaran diri

cahaya putih itu
mencelikkan mata
membutakan yang lain

jauh di dimensi lain
kegelapan menyelubungi
terpaku sendiri
terkapai-kapai mencari arah
mencari tujuan
mencari cahaya yang hilang

terlihat suatu cahaya
yang terang
yang tenang
akan ku cuba menggapai
tak sampai
akan ku kejar
semakin jauh

kini tetap sendiri
dalam kegelapan hitam
menunggu sang harapan
meminpin mencari cahaya

Monday 1 August 2011

Cinta

Aku kurang gemar berbicara tentang cinta
Terlalu sempit
Cinta sering dikaitkan antara individu
Seorang individu dengan individu berlainan jantina
Bukan muhrim

Tidakkan kita fikir
Cinta yang lebih murni
Cinta yang lebih luas pengertian
Cinta yang lebih besar maksudnya

Cintakan diri
Cintakan ibu bapa
Cintakan suami atau isteri
Cintakan keluarga
Cintakan ilmu
Cintakan kerjaya
Cintakan bangsa
Cintakan Negara
Cintaka dunia
Cinta pada-Nya

Cinta dalam konteks yang lebih luas
Cinta yang Agung
Cinta yang hakiki



Cinta sesama manusia
Menjauhkan cinta padaNya

sempena bulan ramadhan
tambahkan cinta padaNya
salam Ramadhan

..

Friday 29 July 2011

Kegemilangan


zaman kegemilangan islam dulu
masyarakat hidup dengan penuh
keadilan
keamanan
kesaksamaan

tapi
manusia tetap manusia
tidak terlepas godaan syaitan
pengkhianatan
hasad dengki
tamak haloba

lalu menjatuhkan keagungan
keagungan zaman kegemilangan islam

sedutan khutbah jumaat

Wednesday 27 July 2011

...



baru sejam beli...

Sunday 24 July 2011

LANDAK BERDURI

Aku ingin
Membonceng motosikal
Di jalan yang lengang
Tanpa memakai helmet
Melawan arus udara
Mendepakan tangan
Pejam mata
Sunyi..
Rasa gerakan angin
Menolak lembut setiap inchi tubuhku
Dingin..
Menerbangkan rerambut
Begerbangan
Ringan…
.
.
.
.
.
Ahh!! 
Lupa.
Rambut sudah tiada..
LANDAK BERDURI..

Wednesday 20 July 2011

Lurus

tiada yang akan sama
dari awal hingga akhir
kecuali satu garis lurus

_______________________________________________________________________


hidup penuh dugaan
bersimpang siur
naik turun

jika dulu kita merangkak
sekarang berlari
depan mungkin merangkak kembali

jika dulu kita susah
sekarang senang
depan mungkin susah kembali

jika dulu kita lemah
sekarang sudah gagah
depan mungkin lemah kembali

hidup penuh dugaan
*cuba hidup dengan seyuman

Friday 15 July 2011

MONOLOG : HUJAN

1700, 12 julai

Selepas seminggu panas mencengkam tanah yang subur ini, hujan akhirnya turun jua. Hujan petang ini ditemani angin kencang. Pokok meliang-liuk dipukul angin. Daun kering diterbangkan angin entah dari mana-mana. Hujan sememangnya rahmat tuhan. Menghilangkan bahang yang melemahkan gerakanku sejak pagi tadi.

Aku keluar ke beranda. Duduk di kerusi malas yang uzur. Terasa sejuk tatkala butir-butir air hujan ditiup angin sampai ke kulitku yang cuma dibalut baju nipis. Bunyi hujan sungguh mendamaikan. Sesekali bunyi guruh merosakkan suasana. Ah! Itu memang lumrah alam. Sesuatu yang indah sudah pasti ada yang merosakkannya.

Kesunyian itu mengembalikan kembali memoriku. Memori kecilku. Seingat aku, bila hujan begini aku suka duduk ditangga kayu, tangga rumah lamaku dulu. Mendengar derapan air hujan yang menimpa atap genting yang sesetengahnya bocor. Fikiran terawang-awang. Berkhayal. Bayangkan kehidupan masa depan. Kehidupan yang dipenuhi kesenangan, yang mungkin menjadi impian setiap insan. Ah!  Mana mungkin ianya menjadi kenyataan, jika aku asyik berkhayal saja. Aku perlu berusaha! Lucunya lagak manusia. Masa muda inginkan dewasa, masa dewasa berlalu ingatkan kembali masa lkanak-kanak.

Berangan dikala hujan? Itu aku lakukan jika aku dihalang. Dihalang daripada mandi hujan. Aktiviti yang menyeronokkkan dikala masih kecil. Waktu hujan kutunggu-tunggu. Bila hujan saja,kami, aku dan sepupu-sepupu akan bersorak gembira. Berlari-lari keluar rumah. Lapok air menjadi keruh. Laman rumah lunyai. Berlari-lari dalam air yang sudah bertukar warna. Jika hujan lebat, lopak air menjadi dalam, kami makin gembira. Diambilnya papan dijadikan peluncur. Masing-masing lagak bagaikan peluncur ombak yang sering kami saksikan di muka-muka televisyen.

Jika hujan tidak lebat. Sekadar menghasilkan lopak air yang kecikl di laman rumah, kami akan hasilkan laluan air. Laluan air untuk gerakkan  air dari laman ke belakang rumah. Laluan air yang penuh imaginasi. Ada terowong, ada bebaling yang akan berputar ditolak air dan kapal. Kapal, biasa dibuat dengan kertas. Berlayar, basah dan tenggelam. Begitu cepat kitaran hidupnya. Lalu idea lain dijana. Tetulang dari pelepah daun pisang diambil, dipatahkan menjadi bentuk “V”. Tengah-tengah “V” dicucuk lidi supaya bentuk itu kekal. Ambil getah, letak antara hujung ke hujung. Ambil batang aiskrim yg dipatah pendek, letak antara getah, putar. Jadilah pendayung. “Jom lumba!”

Sejam hujan beransur renyai-renyai. Aku bangkit dari kerusi.

Monday 4 July 2011

IDIOT

...
sambungan annoying!!





“Apakah mesin?”
“Mesin adalah apa saja yang meringankan beban manusia”
-Dialog 3 Idiot


.  .  .  .  .

“Dia”   a.k.a semut merah

“Apakah kawan?”
“Orang yang memberi keuntungan dan kesenangan kepada aku”

Siapa IDIOT?

dialog dia rekaan semata-mata
berdasarkan tingkah laku pada rakan-rakan


maaf untuk emosi
sekadar publish entry yang berkulat dalam draft

Saturday 2 July 2011

Annoying!!

...




Dia
Bagaikan semut merah
Tak dikacau
Tak mengacau
Tapi kadang kala tetap mengacau
Mengacau hidupku
Keamananku

Aku akan biarkan saja ia
Menggigit aku
Kanku tahan
Bukan sekadar fizikal
HATI
Sebelum
Amarahku sampai ke kemuncak
Sebelum
Kulenyek-lenyekkan tanpa tinggal sisa

Kewujudannya tidak kupinta
Kehilangannya tidak kunanti
ANNOYING!!

Dia semut merah yang tak akan ke sini
hidup menyusahkan org
maaf untuk emosi ini

Thursday 30 June 2011

Queens

...









“kenapa kamu banyak sangat fail sem ni?”
“ala..biasa la..sem ni byk paper..tak sempat nak study semua”

.               .               .               .               .

“kenapa kamu tetap banyak fail lg ni?
  Kamu bukan ambik banyak paper sem ni kan?”
“ala..biasa la tu..dah paper kurang..banyak pulak projek kena buat”

Reason is the mistress and queen of all things
-cicero

a l a s a n

satu perkataan yg senang diungkap
mematahkan segala persoalan
persoalan penyebab keadaan
keadaan kesalahan diri
diri memutar belitkan cerita
mengarang skrip drama
drama kehidupan yg tak sudah

alasan
kamu benteng pertahan yang kental
menahan segala amarah  yang lain
pelindung dikala terdesak
pembetul segala kata

tayar keretapi bocor
bas terkeluar landasan
salji turun malaysia

"mungkin itu saja yg salah..."

percaya?
terpulang pada kamu...

thanks to miss editor..

Tuesday 28 June 2011

Proud of ~~

...





Kita sering kali berbangga
Berbangga dengan kelebihan yang ada
Nikmat yang dikurniakan

Nikmat yang tuhan beri
Harta kemewahan
Sihat tubuh badan
Cantik perwatakan
Kecerdikan intelektualan

Aku?
Apa yang aku ada?
Kemewahan?
Bukan..
Fizikal?
Bukan..
Cerdik?
Bukan..

Apa yang hendak dibanggakan??

Aku sering bangga diri
Berbangga dengan sesuatu yang tiada
KOSONG!!




Saturday 25 June 2011

today's my bos' joke..

...




3 org pemuda sedang berjalan-jalan di padang pasir..
mereka berjumpa teko ajaib..
lalu mereka gosok..
keluarlah seekor jin..

"terima kasih pemuda kerana menyelamatkan aku.
aku akan tunaikan 1 permintaan setaip org utk membalas budi kamu..
tapi selepas 10 thn, aku akan datang kembali utk melihat perkembangan kamu"

selepas ketiga-tiga pemuda bersetuju, mereka membuat hajat masing-masing..

pemuda 1:
"aku mahu jadi org yg paling berilmu di dunia"
maka, jin berikan seluruh buku-buku yg ada dlm dunia..
pemuda itupun belajarlah ilmu-ilmu dari buku-buku tersebut..

pemuda 2:
"aku mahu fasih dlm semua bahasa di dunia"
maka jin berikan segala tape, kamus, video serta linguaphone dlm semua bahasa kepadanya..
pemuda itupun mula belajar..

pemuda 3:
"aku mahu rokok"
maka jin berikan rokok, rokok yg byk..sampai tak habis dihisap seumur hidup..
pemuda itu mula hisap rokok..

selepas 10 thn..

jin kembali berjumpa ketiga-tiga pemuda..

dia bertanyakan soalan yg susah-susah kepada pemuda 1..
dgn selamba, pemuda itu menjawab dgn betul..

dia kemudian bercakap dgn pemuda 2 dlm pelbagai bahasa
pemuda 2 dapat menguasai semua semua bahasa itu dgn fasih..

jin bertemu pemuda 3 lalu bertanya:


"lighter ada?"



*sorry if not funny coz i'm fail to be storry taller

Thursday 23 June 2011

Ego

..



Ego..
Kau selalu disalahkan
Dalam tiap pergaduhan
Tiap bertaruhan
Perjudian

Bagiku..
Kau tidak bersalah
Kau adalah senjataku
Menyelamatkan aku
Dari kekalahan
Membangkitkan kembali semangat juang
Melawan hingga ke titis-titis penamat

Kau jua penampal
Penampal segala lubang-lubang bocor
Yang menonjolkan kelemahanku
Dari dilihat mata-mata yang selalu mencari
Mencari kelemahan aku
Untuk dibongkar
Untuk memalukan diriku

Tapi kau
Jangan biarkan diri
Dipergunakan aku
Sebagai penutup
Segala kesalahan aku
Kerana bukan itu
Fungsi kewujudanmu padaku

Thursday 16 June 2011

engineer gila~~




bila otak sudah tepu..
mungkin resistance terlalu besar
tidak lagi mampu menahan arus masukan yang tinggi
atau inductance yang melembabkan pemikiran
melembabkan hingga ber-mili second
atau capacitance yang tak dapat menanggung beban
voltan tinggi yang dikenakan

di mana kamu wahai transformer
yang dapat meningkatkan kapasiti otakku
takkala aku pening
atau boost chopper
yang meningkatkan daya fikiran
takkala otakku berfikir secara mendatar..
nak ku pakai saja power transformer
tapi manakan ku dapat?

ah..
saat ini
aku rasa ingin kembali mencarimu
wahai adrenaline..

Wednesday 15 June 2011

...

...






....

Tuesday 14 June 2011

Radiance..

...




Andaikan kita sistem suria
Kamu
Sekeliling aku
Matahari aku
Memancar cahaya
Cahaya kehidupan

Aku
Sekadar bulan
Mengembalikan cahaya itu
Kembali kepada kamu
Walau tidak secerah cahaya kamu..

Takkala matahari hilang cahaya
Bulan terus malap
Tiada cahaya
Untuk dipantul kembali

Cahaya kehidupan itu
Kegembiraan kamu
Untuk kita kongsi bersama
Untuk aku pantul kembali
Kepadamu
Tuan empunya cahaya

Jika kamu bersedih
Memalapkan cahaya itu
Aku tidak mampu lagi
Bercahaya..

Janganlah kamu
Si matahari
Pudarkan cahayamu
Kerana
Tanpa cahayamu
Aku mati
Tanpa seri..

Sunday 12 June 2011

Lagu~

...



tumblr..



Lagu
Untuk apa dicipta??
Sekadar hiburan semata
Atau penyampai mesej sang pencipta..

Apa guna mendengar
Kalau sekadar mendengar
Tanpa hayati
Tanpa ambil pengajaran
Mesej yang hendak disampaikan..

Masuk telinga kiri
Keluar telinga kanan..

"karna bagiku kau kehormatanku"
*wali band, baik-baik sayang

Kamu yang selalu menyanyikan lagu ini
Setiap masa dan ketika
Tapi kamu sentiasa
Menyakiti hati si dia dan si dia
Adakah kamu sudah tiada kehormatan?
Atau kamu sekadar menyanyi??
Menyanyi untuk menghibur hati yang gelisah
Gelisah untuk lupakan masalah..

Lagu
Penyampai mesej pencipta
Untuk dihayati bersama
Pedoman bersama..

lagu heavy metal sarat mesej kebaikan lebih baik dari nasyid untuk hiburan semata..

*"kamu" adalah seorg lelaki


Wednesday 1 June 2011

Kebenaran..






Petikan dari sebuah drama..

Cikgu   : kamu percaya vampires wujud??
Pelajar : saya tak rasa mereka wujud..
Cikgu   : kenapa mereka patut wujud?? 
  tapi kamu tahu..jika seorang dalam dunia ini..percaya mereka wujud..
              saya percaya mereka wujud!! Kamu faham??
                . . . . .

              Kamu jangan percaya kerana ia benar ..tapi..
  Ia akan jadi benar kalau kamu percaya..
                . . . . .

              Suatu hari nanti..apabila semua orang di dunia ini tidak lagi percaya vampires 
              wujud.. saya fikir ..vampires mungkin lenyap sepenuhnya dari dunia ini..



Apa kepercayaan kamu..
Itu mungkin kebenarannya..



                

Tuesday 31 May 2011

AKU GAY??





Aku gay
Salahkah aku
Atau salahkah gay
Atau salah persepsi masyarakat


Salahkah aku untuk gembira
Untuk gembirakan orang lain

Mungkin juga aku salah..
mungkin website itu juga salah..

Sunday 29 May 2011

LARVA

“if man makes himself a worm he must not complain when he is trodden on”-Immanuel kant.


Ya
Aku bukan cacing
Aku larva
Larva yang masih lemah
Bergerak melata
Mudah dipijak

Kan ku biarkan diriku ini
Kamu pijak
Pijak sepuas-puas hatimu
Selagi ada masa

Setelah masa berlalu
Saat metamorphosis berlaku
Saat perubahan diriku
Kan ku jadi kumbang
Kumbang yang kuat
Bersayap teguh
Sayap pembelah awan
Pembuka jalan
Untukku pergi jauh

Di saat itu
Tidakkan kubiar lagi
Diriku dipijak-pijak
Akan ku terbang dari mu
Takkan dapat lagi kamu pijak
Walau selaju mana kamu kejar
Walau setinggi mana kamu melompat

Dan di saat itu
Kamu juga perlu bermetamorphosis
Untuk terus memijak aku..




Monday 2 May 2011

Keliru?



Kekeliruan bagi manusia
Antara gelap dan cerah
Antara cantik dan hodoh
Antara wangi dan busuk
Antara baru dan buruk
Antara sayang dan benci

Jika gelap bagiku
Mungkin cerah untuk kamu
Jika cantik bagiku
Mungkin hodoh untuk kamu
Jika wangi bagiku
Mungkin busuk untuk kamu
Jika baru bagiku
Mungkin buruk untuk kamu
Jika sayang bagiku
Mungkin tidak benci bagi kamu

Segalanya mungkin..


"kamu" mungkin takkan menjenguk di sini..

Thursday 28 April 2011

Journey to north



ihsan google


Perjalanan ke utara ini
Mengingatkan aku kembali
Kampung halaman
Yang lama tak kukunjungi

Kehijauan pepohon
Sawah-sawah luas terbentang
Burung-burung bebas terbang
Berkicau-kicauan memecah kesunyian

Bunyi gemersik dedaun buluh
Ditiup angin mendayu-dayu
Bunyi batang-batang buluh
Berlaga sesama sendiri
Memecah kesunyian di petang hari 

Kini
Aku mencari kembali
Kehijauan pokok
Sawah
Kicauan beburung
Gemersik sang buluh
Di hutan batu
Penjara baruku

Di hutan ini
Aku melihat kehijauan
Cat-cat di dinding
Laskap-laskap kemewahan
Kicauan burung-burung gagak
Pemecah kedamaian
Gemersik ngauman
Enjin-enjin motor-motor
Yang berlumba-lumba
Menjadi juara

Aku kaku
Mencari kembali kedamaian
Kedamaian yang hilang
Hilang dalam diriku

Aku tertanya-tanya
Adakah kampung halamanku
Masih seperti dulu
Sekembalinya aku?

Monday 11 April 2011

Memori

memori
sebuah kotak pengingat
pengingat sejarah kehidupan
dari dulu hingga kini

memori
kewujudanmu suatu misteri
susah diungkap dengan kata-kata
kekuatan ciptaan yang maha esa

kekadang terfikir
berapa besar memoriku
adakah sebesar RAM atau ROM
yang dipakai pada komputer
dan barangan digital?

kekadang terfikir
berapa banyak memori yang digunakan
berapa banyak ruang yang tinggal
berapa banyak boleh diisi
sebelum ianya rosak musnah dimamah usia

tetapi memori
kenapa kau selalu lupakan
segala kenangan manisku
dan meningatkan aku kembali 
kisah-kisah dukaku
walaupun perit bagiku 
cuba lupakannya

tapi
aku masih bersyukur
kurniaan yang diberi
kan kugunakan sebaik mungkin



Sunday 10 April 2011

"pelakon"

Hari ini
Aku mengerti
Kewujudan aku
Bagaikan pelakon..

Dalam layaran hidup ini
Aku teruskan lakonan
Tanpa skrip
Tanpa pengarah yang solid
Dan krew-krew yang akan mengarah

segala arahan cuba ku ikut
larangan cuba dielak
namun
salah tetap jua

Lebih dua abad aku teruskan
Disamping ramai pelakon tambahan
Yang memimpin aku ke hadapan
Menempuh ranjau kehidupan

Terima kasih kepada yang sudi
Sudi menjadi penonton
Pendengar
Dan pemerhati
Segala yang ada dalam lakonan ini

Kadang-kala aku tertanya
Sampai bila
Bila ianya akan berakhir semuanya
Lakonanku yang takkan sia-sia..

Friday 1 April 2011

aku dan kau

aku adalah aku
kamu adalah kamu
aku dan kamu
berbeda

usah kau samakan kita
kita ada persamaan
tapi kita tak sama
rambut sama hitam
hati lain-lain

jangan dikau tanya
"aku boleh, kenapa kau tak boleh?"
persoalan itu menyamakan kita
walaupun kita tak sama

mungkin juga aku boleh tanya sama..

jangan kau samakan kita
adai sama kenapa berbeza?
aku adalah aku
kau adalah kau
jika aku sama dengan kau
lebih baik aku terus jadi kau saja!

manusia tuhan jadikan berbeda
perbedaan melahirkan variasi
lengkap-melengkapi
hidup aman harmoni

syukur saja dengan perbedaan kita..

Sunday 27 March 2011

HIPOKRIT

Siapa aku?
Apa pendapat orang tentang aku?
Baik, rajin…alim?

Aku budak baik
Dusta
Aku budak rajin
Dusta
Aku budak alim
Dusta

Hipokrit
Lakonan semata-mata
Lakonan pengabur mata
Pemekak teliga
Penangkis prasangka

Dalam dunia penuh metarialistik
Lakonan penentu segala
Pujian..
Sahabat, wang, kekasih..

Tak penatkah berdusta?

Kini aku penat kaku membisu
Penat meneruskan lakonan
Kaku segala gerakan
Membisu kebohongan

Siapa aku?
HIPOKRIT..
Kamu?