Thursday 21 March 2013

Aku, Kau dan Kotak

Suatu kotak. Aku berada dalam sana. Sejak sekian lama. Ianya tinggi. Dan legap. Tiada cahaya dapat tembus. Dengan usaha yang lama, satu lubang kecil berjaya aku tebuk. Dan di luar, kau yang pertama wujud.

Kau dan kebebasan, menari riang. Ruang yang terbuka luas. Dari sekecil lubang yang aku tebuk, aku mahu berjalan di sampingmu. Berada di sebelah kananmu dengan lima jari tangan kiri bersama lima jari tangan sebelah kananmu terpegang erat. Itu aku mahu!

Kotak ini masih kukuh. Kotak ini masih tinggi. Lubang itu masih kecil. Dari dalam, kau berlari lari riang. Bersama mereka yang lain.

Thursday 14 March 2013

Orkestra Alam

Kilat sabung menyabung bagaikan sekumpulan gadis sedang mempersembahkan tarian balet ala kebaratan di pentas megah disaksikan miliyar titis air yang bergabung menjadi awam berbentuk raksasa kehitaman, memberat bagaikan mahu runtuh menghempap bumi. Irama seakan paluan gong yang diiringi kumpulan pemain gendang beraneka jenis tanpa diketuai oleh seorang pemusik handal, berkumandang memecah kesepian senja itu. Aku kediginan bagaikan salju akan turun dalam beberapa miliseken lagi. Sekadar melihat dari kejauhan, alam mula berubah. Suatu pesta yang amat, bermula. Seakan menunggu suatu pesta keraian, aku seharusnya gembira tapi kini aku mati rasa. Kedinginan yang aku rasa cuma sekadar luaran kulit. Rangsangan dari reseptor bagai terhalang daripada hantaran saraf yang selama ini aku rasakan dapat berfungsi sempurna. Aku mencari cari mana punca kerosakan sistem diri yang mungkin boleh menyelakakan seluruh hidup dan aku temui suatu sudut yang lopong dalam suatu tempat yang dipanggil hati. Itu kau. Kau yang hilang dan buat aku begini. Menjerit lagi aku dalam pesta alam, senja itu.

Tuesday 12 March 2013

Dia

Kau meletakkan dia di depan mata, menghalang aku terus merenungmu. Siapa dia? Aku kenal? Dia semakin kerap aku dengar. Dia dia dia dia. Bingar! Aku makin tidak tahu, apakah mungkin pandanganmu masih dapat melihat aku?


Persoalan ini terus menerus menerkam. Siapa dia? Mungkinkah dia dan aku sama? Mana mungkin.


Dengan berat kaki, aku langkah berundur. Cepat atau lambat, aku rasa kau takkan peduli. Atau mungkin aku sudah halimunan depanmu, sama sekali. Jauh. Jauh dari mu. Situ aku berhenti. "Mengapa?". Hanya itu dapat aku soalkan. Betul juga katamu,"Rupa-rupanya cinta itu perlu usahakan".