Thursday, 28 April 2011

Journey to north



ihsan google


Perjalanan ke utara ini
Mengingatkan aku kembali
Kampung halaman
Yang lama tak kukunjungi

Kehijauan pepohon
Sawah-sawah luas terbentang
Burung-burung bebas terbang
Berkicau-kicauan memecah kesunyian

Bunyi gemersik dedaun buluh
Ditiup angin mendayu-dayu
Bunyi batang-batang buluh
Berlaga sesama sendiri
Memecah kesunyian di petang hari 

Kini
Aku mencari kembali
Kehijauan pokok
Sawah
Kicauan beburung
Gemersik sang buluh
Di hutan batu
Penjara baruku

Di hutan ini
Aku melihat kehijauan
Cat-cat di dinding
Laskap-laskap kemewahan
Kicauan burung-burung gagak
Pemecah kedamaian
Gemersik ngauman
Enjin-enjin motor-motor
Yang berlumba-lumba
Menjadi juara

Aku kaku
Mencari kembali kedamaian
Kedamaian yang hilang
Hilang dalam diriku

Aku tertanya-tanya
Adakah kampung halamanku
Masih seperti dulu
Sekembalinya aku?

9 comments:

Solihin Zubir said...

utara? area mana tu? heheh..

CassiaSiamea said...

aku org timur
just jln2 ke utara..

ghost writer said...

selamat datang ke utara...semoga hanya sampai ke penghujung cangloon..jangan dilebihkan.hihi

maknanya kamu memang asal utara lar ek...cumanya menetap di timur.

CassiaSiamea said...

asal timur dan menetap di timur
cuma ramai family berhijrah ke sana..

intan.maisarah said...

saya.
homesick

CassiaSiamea said...

aku x homesick
aku rindu kedamaian kg aku
mungkin sekarang dah berubah??

intan.maisarah said...

dimana kg kamu?

CassiaSiamea said...

timur semenanjung..

Qaseh dalia adelia said...

MASA YANG KIAN BEREDAR SERINGKALI MEMBAWA ANGIN PERUBAHAN .. MAYBE SAMA TAPI BERBEZA HEHE