Monday, 15 August 2011

Sang Pemimipi

orang kata
mimpi harus tinggi
mengambil risiko paling tinggi
baru ada daya hidup
daya hidup mengejar mimpi
melaksanakan mimpi

orang kata
mimpi tak boleh melampau tinggi
nanti jatuh
tersungkur
susah nak bangkit kembali

"yang penting bukan seberapa besar mimpi kita
tapi seberapa besar kita untuk mimpi itu"

mimpilah yang tinggi
harus yakin
cari jalan terbaik
realisasikannya

jalan dihadapan bukannya senang..


ilham:
Sang Pemimpi
Andrea Hirata

31 comments:

master said...

semua ni betul. semu org ada hak utk bermimpi. sebab mimpi ini free dan cheap. tp boleh jadi mahal bila ambil langkah laksanakan.

lavender harum wangi said...

catch ur dream, realize it.
ok sambung tido, krohhh krohh~

hanaahmad said...

orang macam kita akan mati tanpa mimpi. terbanglah tinggi-tinggi, ayuh kita rentasi Eropah dan gapai mimpi-mimpi.

~Cahaya Hati~ said...

aku akan terus bermimpi.
dan gapai agar jadi nyata.
bersama jiwa tenang kala ini.


terima kasih buat kamu~

Titisan Hujan said...

i have a dream

intan.maisarah said...

akan ku cari buku itu sampai dapat
lepastu buat muka ceria bahagia kat kamu

ghost writer said...

aku pernah disogokkan dengan kata-kata.

biar jiwa kita lebih besar dari impian kita.agar mudah kita gapai impian kita.

berani gapai impian lebih besar.

Pena Marhaen said...

aku antara manusia yang banyak bermimpi.

kerana hanya dalam mimpi aku bisa menggapai impian.

catherine- said...

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

si para para said...

target hidup kena la tinggi..kalau jatuh, tak la jatuh teruk sangat..
mcam exam, target A.. kurang2 dapat B..
tapi kena la usaha setimpal dengan apa yang kita mimpi..
kalau main makan tido, pastu mimipi, habok pun takdak.

intan.maisarah said...

lagu apa tu rin?

~Cahaya Hati~ said...

suka lagu mimpi yang tak sudah tuuu... ngee... =D

monologtinism said...

ya.mimpi aku tinggi
tapi aku tak berapa 'besar' lagi untuk mimpi itu

masih perlukan usaha dan semangat yang kuat

HEROICzero said...

lepas mimpi , terus bangun .

Wan Suhail said...

mimpi aku basah. hehe

Nadia said...

sang pemimpi mmg betul mengajar kita sedikit erti hidup menggapai yg belum pasti

hamzah ian said...

aku terkesima

CassiaSiamea said...

mimpi itu impian
impian itu pendorong hidup
tanpa impian, hidup tanpa arah tujuan

impian tanpa usaha adalah sia sia
impian melampaui imaginasi jua sia sia
jika tidak cuba untuk realisasikannya

Qaseh dalia adelia said...

terbang lah setinggi mungkin jgn takut jatuh , kerna jatuh juga mengajar erti hidup ..

Noreen Natasha said...

mimpi perlu ada..
tp jgn terlalu jauh dan terlalu melangit.
biarlah sekadar boleh dicapai..
kelak akan kecewa jika tidak dpt dicapai mimpi itu~~

Hantu Kak Limah said...

terlelap 5 minit pun..mimpi boleh datang...siap pakej hujan gerimis tepi bibir lagi...huhuhu

maCy said...

semalam macy mimpi hantu. pertama kalinya. huhu


cassia, tiap kali mahu cari blog ni, mesti macy taip otak di atas sana. mcm comel pulak. huhu

Liyana Zahim said...

Kalau bgitu sy pilih utk mengigau agar lbh slmt..

RepublicAku said...

suka dgn komen liyana zahim...sempoi...keh3!

maCy said...

hai landak!

(the naked writer) said...

"the future is scary"

Mutiara Bernilai said...

:)

nyatanya, ia bukan perihal brape byk yang perlu kamu 'lawan' di luar, tetapi brape besar 'perlawanan' hati kamu di dalam..'besar' mana pun yg di luar, tetap xkan terusik jika yang didalam itu 'besar'.. :)

shizuka said...

bangun dari mimpi dan laksanakan impian.:)

InderaRedhzuan said...

biar mimpi itu tinggi .
sebab mimpi hadir bilamana mata rapat .

dan bila mata itu terbuka .
berkobar semangat mahu tempuh realiti .

jadi , biar mimpi itu tinggi .



coretpujangga.blogspot.com
datang la lawat yea .

Nurarnida Sabrina said...

mimpi di siang hari selalu lah jugak aku nih

venus planet cinta said...

kadang manusia rela dibelenggu mimpi kerana mereka merasa mimpi itu lebih indah dari realiti.