“My true colour is black. What’s your?”
Ia ada dalam aku. Sebiji zarah hitam yang kian membesar. Seperti
bayang-bayang yang mengikuti langkah setiap kali melangkah menuju cahaya, ia
sentiasa mengikuti dari belakang. Bagai sesuatu yang mengejar, semakin laju
kita berlari, semakin laju dia menghampiri. Kita sering ditakuti hantu bayang
sendiri. Dalamnya wujud sesuatu yang kita takuti. Bayang dalam kegelapan akan
terus wujud dengan adanya sedikit cahaya. Apakah aku harus terus berpaling dan
menjauhkan diri daripada cahaya?
Pernahkah kau berdiri di hadapan cermin muka dan melihat
wajahmu di cermin tetapi wajah lain yang muncul di permukaannya? Itulah wajahmu.
Itulah wajahku. Suatu rupa yang telah lama kita simpan. Dalamnya tersimpan
pelbagai rahsia. Adakah kau lihat ia terseksa?
Ia masih ada dalam aku. Sezarah hitam yang kian membesar dan
membesar. Mungkin akan ada masa, ia akan terus mengambil alih jasad ini. Kegelapan
itu kuat. Ia punya kuasa yang jadikan kita tidak takut. Mungkin kerana ia akan
menyorok ketakutan terus ke dalam kegelapan yang lebih dalam. Dengannya kita
hanya punya satu, kita. Aku tidak pernah katakan yang ia jahat. Ia sama dengan
aku. Mungkin ia lebih aku daripada aku, aku yang benar-benar aku. Diri yang
jauh lebih bebas tanpa lakonan. Tiada apa-apa lagi yang dapat halang kita
daripada berbuat apa-apa dengannya. Bukankah ini kebebasan?
Selamat datang ke
dunia kegelapan
***
“Hi, I’m White. Come here Black. You need me”
(tekkonkinkreet,
monster, aku no hana)