siapa kata putih itu bersih
siapa kata hitam itu kotor
cahaya putih menerangi setiap pelusuk alam
mata anugerahNya
melihat segala kemungkaran
kemungkaran manusia
kemungkaran diri
cahaya putih itu
mencelikkan mata
membutakan yang lain
jauh di dimensi lain
kegelapan menyelubungi
terpaku sendiri
terkapai-kapai mencari arah
mencari tujuan
mencari cahaya yang hilang
terlihat suatu cahaya
yang terang
yang tenang
akan ku cuba menggapai
tak sampai
akan ku kejar
semakin jauh
kini tetap sendiri
dalam kegelapan hitam
menunggu sang harapan
meminpin mencari cahaya
26 comments:
cahaya masih aku nanti untuk gapai...
kdg ia datang...
kdg pergi tinggalkan aku...
aku tetap berharap~
mencari cahaya buat penghapus gelita..
cahaya~~
speechless
sgt indah kata2 landak berduri..
sekarang, yang gelap dikata cahaya, yang terang dikata kelam.
entahlah. dunia pusing, aku pusing.
Cahaya
salah satu panggilan untuk aku
^_^"
masih mencari cahaya...kadang dtg sgt sekejap...
cahaya Mu tiada tara :)
mencari2 NUR...
aku bisa pinjamkan kamu cahaya.
tapi tak secerah dan seterang cahaya yang kamu cari.
kamu mahu berkongsi bersama?
:)
semua orang mencari cahaya
tetapi kita terlepas pandang bila cahaya itu tiba
tanpa kita sedar.
.jangan dok gelap sangat, karang terseradung, susah aku nak bawa kamu ke hospital, dah la landak, penuh duri..macamana aku nk angkat nanti..
.terkomen panjang lagi.
cahya putih itu tetap dicari.
sedang berada dalam kegelapan suatu yang dihindari.
hitam bukan kotor,cuma menyembunyikan kekotoran dan kebejatan.
putih bukan bersih,tapi lebih jelas menampakkan hakiki.
KH: teruskan berharap.berharap akan tergapai jua suatu hari nanti
Para2: cahaya penghapus seksaan diri
Nona: mainan perkataan yg menyeksa diri
haikal: dunia berpusing..semua manusia pening..kalau dunia berhenti??huhuhu
mono: boleh la aku panggil kamu cahaya selepas ini~~
naked: cari..yg kejap itu bahagia..
nadia: mmg mencari cahaya Dia..
Qaseh: mencari cari~~
sara: terlalu byk masa kita lepaskan dari cahaya itu..boleh saja kongsi bersama..cari bersama...
ghost: dari putih datangnya hitam dan dari hitam perlunya putih..
WARNA GAMBARAN YG JELAS UNTUK EKSRPSIKAN SESUATU. CAYAHA ITU JIKA DIPINTA PASTI DIBERI..ISTIQAMAH TANAMKAN DIHATI..SBAR DAN TERUSKAN MENANTI..TP HARUS DIINGAT YG HITAM ITU PAYAH UTK DICUCI...
cahaya itu akan dtg jika kita berusaha mencarinya
Cahaya putih itu silau.. Ce terai ce terai~
cahaya akan tiba. tunggu.
meh aku pimpin kau ke arah cahaya tu...
hehe..
meh aku pimpin kau ke arah cahaya tu...
hehe..
selagi ada matahari ...bulan ...dan bintang....
cahaya x pernah padam.....
walaupun blackout....keh..keh..keh...
hitam dan putih kehidupan.
yang mana jadi cerminan kita di situ kita yang ternampakkan.
sering aku mengejar cahaya putih sedang yang hitam pekat aku abaikan.hinggakan aku leka dan tak nampak hilang punca kala kegelapan menjelma.
harapan aku terlalu jauh untuk di gapai.kenapa aku diuji seberat ini sekali lagi dan lagi?
*sigh
maaf tuan tanah,aku mengarut di sini.
nurni = cahayaku ^^
xde kaitan kan :D
aku mencari cahaya di tangah gelap..
di mana kamu berada, kenapa senyap?
sharif: boleh pinjam klorox kamu??hahaha
ezan: mungkin jika mmg ketentuanNya
liyana: mungkin x perlu pandang terus pada cahaya..
Psychopath: tunggu dan teruskan usaha..
VL: terima kasih atas kesudian~~
hantu: bukan itu cahaya yg dicari..
pembunuh: ya..kegelapan hati berpunca dari kecerahan mata..tuhan xkan menguji melebihi kemampuan umatNya..hahaha..datang la mengarut lg..aku suka..boleh bertukar pendapat..
nurni: mungkin ada kaitan..moga boleh jadi cahaya penunjuk jalan bg yg lain..
para2: aku masih di sini..meraba raba dalam kegelapan..kegelapan zenith yg sukar melepaskan diriku..
kalau macam tu, cuba pejam mata..dan buka mata hati..
pasti gelap itu sirna,,
mengapa tidak:)
Post a Comment