Friday 29 July 2011

Kegemilangan


zaman kegemilangan islam dulu
masyarakat hidup dengan penuh
keadilan
keamanan
kesaksamaan

tapi
manusia tetap manusia
tidak terlepas godaan syaitan
pengkhianatan
hasad dengki
tamak haloba

lalu menjatuhkan keagungan
keagungan zaman kegemilangan islam

sedutan khutbah jumaat

Wednesday 27 July 2011

...



baru sejam beli...

Sunday 24 July 2011

LANDAK BERDURI

Aku ingin
Membonceng motosikal
Di jalan yang lengang
Tanpa memakai helmet
Melawan arus udara
Mendepakan tangan
Pejam mata
Sunyi..
Rasa gerakan angin
Menolak lembut setiap inchi tubuhku
Dingin..
Menerbangkan rerambut
Begerbangan
Ringan…
.
.
.
.
.
Ahh!! 
Lupa.
Rambut sudah tiada..
LANDAK BERDURI..

Wednesday 20 July 2011

Lurus

tiada yang akan sama
dari awal hingga akhir
kecuali satu garis lurus

_______________________________________________________________________


hidup penuh dugaan
bersimpang siur
naik turun

jika dulu kita merangkak
sekarang berlari
depan mungkin merangkak kembali

jika dulu kita susah
sekarang senang
depan mungkin susah kembali

jika dulu kita lemah
sekarang sudah gagah
depan mungkin lemah kembali

hidup penuh dugaan
*cuba hidup dengan seyuman

Friday 15 July 2011

MONOLOG : HUJAN

1700, 12 julai

Selepas seminggu panas mencengkam tanah yang subur ini, hujan akhirnya turun jua. Hujan petang ini ditemani angin kencang. Pokok meliang-liuk dipukul angin. Daun kering diterbangkan angin entah dari mana-mana. Hujan sememangnya rahmat tuhan. Menghilangkan bahang yang melemahkan gerakanku sejak pagi tadi.

Aku keluar ke beranda. Duduk di kerusi malas yang uzur. Terasa sejuk tatkala butir-butir air hujan ditiup angin sampai ke kulitku yang cuma dibalut baju nipis. Bunyi hujan sungguh mendamaikan. Sesekali bunyi guruh merosakkan suasana. Ah! Itu memang lumrah alam. Sesuatu yang indah sudah pasti ada yang merosakkannya.

Kesunyian itu mengembalikan kembali memoriku. Memori kecilku. Seingat aku, bila hujan begini aku suka duduk ditangga kayu, tangga rumah lamaku dulu. Mendengar derapan air hujan yang menimpa atap genting yang sesetengahnya bocor. Fikiran terawang-awang. Berkhayal. Bayangkan kehidupan masa depan. Kehidupan yang dipenuhi kesenangan, yang mungkin menjadi impian setiap insan. Ah!  Mana mungkin ianya menjadi kenyataan, jika aku asyik berkhayal saja. Aku perlu berusaha! Lucunya lagak manusia. Masa muda inginkan dewasa, masa dewasa berlalu ingatkan kembali masa lkanak-kanak.

Berangan dikala hujan? Itu aku lakukan jika aku dihalang. Dihalang daripada mandi hujan. Aktiviti yang menyeronokkkan dikala masih kecil. Waktu hujan kutunggu-tunggu. Bila hujan saja,kami, aku dan sepupu-sepupu akan bersorak gembira. Berlari-lari keluar rumah. Lapok air menjadi keruh. Laman rumah lunyai. Berlari-lari dalam air yang sudah bertukar warna. Jika hujan lebat, lopak air menjadi dalam, kami makin gembira. Diambilnya papan dijadikan peluncur. Masing-masing lagak bagaikan peluncur ombak yang sering kami saksikan di muka-muka televisyen.

Jika hujan tidak lebat. Sekadar menghasilkan lopak air yang kecikl di laman rumah, kami akan hasilkan laluan air. Laluan air untuk gerakkan  air dari laman ke belakang rumah. Laluan air yang penuh imaginasi. Ada terowong, ada bebaling yang akan berputar ditolak air dan kapal. Kapal, biasa dibuat dengan kertas. Berlayar, basah dan tenggelam. Begitu cepat kitaran hidupnya. Lalu idea lain dijana. Tetulang dari pelepah daun pisang diambil, dipatahkan menjadi bentuk “V”. Tengah-tengah “V” dicucuk lidi supaya bentuk itu kekal. Ambil getah, letak antara hujung ke hujung. Ambil batang aiskrim yg dipatah pendek, letak antara getah, putar. Jadilah pendayung. “Jom lumba!”

Sejam hujan beransur renyai-renyai. Aku bangkit dari kerusi.

Monday 4 July 2011

IDIOT

...
sambungan annoying!!





“Apakah mesin?”
“Mesin adalah apa saja yang meringankan beban manusia”
-Dialog 3 Idiot


.  .  .  .  .

“Dia”   a.k.a semut merah

“Apakah kawan?”
“Orang yang memberi keuntungan dan kesenangan kepada aku”

Siapa IDIOT?

dialog dia rekaan semata-mata
berdasarkan tingkah laku pada rakan-rakan


maaf untuk emosi
sekadar publish entry yang berkulat dalam draft

Saturday 2 July 2011

Annoying!!

...




Dia
Bagaikan semut merah
Tak dikacau
Tak mengacau
Tapi kadang kala tetap mengacau
Mengacau hidupku
Keamananku

Aku akan biarkan saja ia
Menggigit aku
Kanku tahan
Bukan sekadar fizikal
HATI
Sebelum
Amarahku sampai ke kemuncak
Sebelum
Kulenyek-lenyekkan tanpa tinggal sisa

Kewujudannya tidak kupinta
Kehilangannya tidak kunanti
ANNOYING!!

Dia semut merah yang tak akan ke sini
hidup menyusahkan org
maaf untuk emosi ini