Monday 30 April 2012

Kemuncak

"Biarkan dia pergi"

     Kata hati aku tatkala hati yg kosong minta diisi. Kata orang jodoh tak ke mana. Itu kata orang. Kata orang lagi, kalau cinta lepaskan saja. Dia akan kembali jika dia benar benar cintai kita. Persetankan semua. Semua mitos belaka. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Buat apa kita usaha? Tanpa usaha apakah hasilnya?

     Aku mencari sedikit ruang dalam kepala yang semakin sempit. Memikirkan sesuatu yg takkan sudah. Buat apa aku fikir benda yang tak mahu aku fikirkan lagi? Aku cuma mahu hidup cara aku. Cara paling sederhana. Bukan pilih cara hidup senang tanpa risiko cuma hidup tanpa susahkan orang. Hidup mengikut arus. Arus yang sesuatu hari semakin meningkatkan usia. Tua itu pasti. buat apa takut? Ada masa, sampailah waktu. Waktu itu aku akan berada di kemuncak hidup.

Sunday 15 April 2012

Sempurna

hati kau kering. sekering tubuh kau yang tandus. itu yang pernah aku dengar. apa yang orang cakap. tapi aku tau kau. aku kenal kau. kau tidak sekering itu. tidak sedegil itu. aku tahu kau cuma mahu hidup dengan cara kau sendiri. bebas. bebas. aku tahu itu yang kau inginkan. hidup tanpa dibelenggu masalah. hidup tenang gembira. hidup sempurna? apa kau kira sempurna itu wujud?

"tiada apa yang sempurna. orang yang mengejar kesempurnaan itu gila.sesudah sempurna, apa lagi mahu kamu capai? hidup tanpa arah? lebih baik mati!"

aku pernah dengar atau dengar ayat itu. lama masa dah berlalu hingga aku sudah lupa. lupa dari mana atau siapa yang berkata begitu. aku sudah lupa. aku sudah lupa sebab aku tak sempurna. ingatan aku tidak sehebat mana. lambat laun aku akan lupa semua. aku kewujudan tidak sempurna.

kau adalah aku
aku tak sempurna
dan kita tak mungkin akan sempurna

Friday 13 April 2012

Cuma

aku tidak punya apa apa
cuma

sepasang mata yang masih mampu melihat
sepasang telinga pendengar
otak pengharap
hati penyimpan

dan
mulut pembisu