Sunday, 10 April 2011

"pelakon"

Hari ini
Aku mengerti
Kewujudan aku
Bagaikan pelakon..

Dalam layaran hidup ini
Aku teruskan lakonan
Tanpa skrip
Tanpa pengarah yang solid
Dan krew-krew yang akan mengarah

segala arahan cuba ku ikut
larangan cuba dielak
namun
salah tetap jua

Lebih dua abad aku teruskan
Disamping ramai pelakon tambahan
Yang memimpin aku ke hadapan
Menempuh ranjau kehidupan

Terima kasih kepada yang sudi
Sudi menjadi penonton
Pendengar
Dan pemerhati
Segala yang ada dalam lakonan ini

Kadang-kala aku tertanya
Sampai bila
Bila ianya akan berakhir semuanya
Lakonanku yang takkan sia-sia..

4 comments:

ghost writer said...

lakonan yang bukan sia-sia tidak akan berakhir...
teruskan kalau saja lakonan itu bisa mengingatkan kita yang kita juga adalah pengarahnya...

intan.maisarah said...

ku berharap agar lakonan itu bukan sia sia
dan lebih bermakna

kembali ke pentas dunia dengan lakonan baru
dengan lebih berkualiti
bukan mengejar ganjaran yang dijanjikan
hanya menjalankan tanggungjawab besar yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan amanah.

CassiaSiamea said...

@ghost: lakonan akan berakhir takkala aku tinggalkan dunia ini

@intan:aku mengejar ganjaran untuk kehidupan kelak. kehidupan sesudah kematian..

Inspirationalefeks said...

luangkan masa dengan diri sendiri :)