Wednesday 30 May 2012

Hijab


Aku hidup dalam dunia aku. Dunia yang terpisah dari dunia kau pada satu hijab lutsinar ciptaan aku. Hijab pemisah antara hidup kau dan aku. Hijap yang punya teknologi secanggih cermin berteknologi tinggi di syarikat syarikat besar. Cermin yang dapat tembus dari sebelah saja dan sebelah lagi nampak legap. Aku perhati apa yang kau ada. Hidup kau. Cara kau dan segala gala tentang kau. Aku tak punya apa apa untuk ditunjuk, ditonjol dan diperhatikan. Sekadar seorang insan dalam dunia sendiri dan sendiri. Dan aku terus berada dalam dunia aku tanpa kau sedari walau jarak kita cuma dibezakan sejengkal. Aku tetap dalam dunia aku. Tanpa kau perhatikan..

Thursday 24 May 2012

Penunggang Sesat

aku penunggang sesat
atas jalan hidup
mencari arah tujuan

aku penunggang sesat
menunggang terus ke depan
tanpa peta dan pedoman
hanya aku tahu
adanya depan

aku penunggang sesat
banyak kali berundur
mencari jalan lain
tetapi tetap maju
menuju satu arah
depan

aku penunggang sesat
kembali mencari jalan
walau seribu kali berpusing pusing
tempat sama
tetap ada satu arah
depan

aku penunggang sesat
akan terus menunggang
ke arah depan
hingga tunggangan
mereput dimakan bumi..

Wednesday 9 May 2012

langkah pertama

aku  pemerhati
manusia yang tak sama
berbeza fikiran
berbeza pendapat
berbeza pendirian

aku pemerhati
memerhati mereka bergaduh
memerhati mereka bertekak
memerhati mkereka bermusuh

aku pemerhati
jadikan mereka bahan gurauan
jadikan mereka bahan ejekan
jadikan mereka bahan kutukan

aku pemerhati
masih rigid di sini
sebelum langkah pertama aku mulai

Monday 7 May 2012

hati

bila hati terdetak
mungkinkan??

bila masa berlalu
meninggal
pedih untuk ingat kembali
kerugian
parah
pasrah