Monday 22 August 2011

M E R D E K A




merdeka
sudah berpuluh tahun merdeka
acap kali kita dengar
acap kali kita sebut
acap kali kita nyanyi
acap kali kita laung

apa itu merdeka?
bebas?
bebaskah kita?

saat ini
otak diracuni idealogi
mata dibuta teknologi
teliga dipekak bunyi-bunyi
mulut dibisu janji-janji
tangan digari kemewahan duniawi
kaki terkunci
kaku membatu di tempat sendiri

selamat menyambut hari kemerdekaan

mungkin ini entry terakhir sblm hari raya

"Selamat Hari Raya"
Maaf Zahir dan Batin


Friday 19 August 2011

Sahur


seperti biasa, waktu bulan puasa, aku akan setkan alarm di telefon bimbit pada pukul 4 pagi. pada pukul 4 pagi ia berbunyi. aku bangun tapi silentkan ia sebelum kembali tidur.

selepas 4 kali bunyi, 20 minit selepas itu, aku terjaga. aku bergegas turun ke dewan makan. tak ramai sangat yang ada. "awal lg ke?", bertanya aku dalam diri. sempat lagi aku borak dengan rakan-rakan. kaunter lauk cuma dibuka satu saja. mungkin sebab pelajar perempuan belum turun.

selang beberapa minit, pelajar perempuan turun. ramai. satu kaunter lagi dibuka. aku dengan senang hati menhambil nasi dahulu.  kaunter nasi diasingkan dari kaunter lauk. lalu aku beratur. panjang. sekejap saja kaunter lauk untuk pelajar perempuan sudah habis. ditutup. maka, dua-dua barisan beratur menuju satu kaunter. sesak.

aku tak tahu mana datang tapi dalam pinggan aku sudah ada seketul ayam, bahagian kepak yang aku suka. aku cuma mahu ketam masak merah yang ada di kaunter itu. tinggal 5 orang saja beratur di depan aku. tiba-tiba lauk habis. semua pelajar keluar daripada barisan. lauk ayam dalam pinggan tadi juga lesap. "siapa ambik lauk aku", marah aku pada mereka yang terdekat. melihat pinggan. ayam sudah kembali ada. seorang kawan dengan muka sedih berada di sebelah. aku tahu dia yang ambil tadi. aku kembali ke kaunter. ada seketul ayam lagi. "ni ada seketul lg", aku memanggil rakan tadi.

aku mencari tempat untuk makan. baru bersila, tiba-tiba azan sudah berbunyi. "sebelum azan habis, boleh makan lagikan?", tanya aku pada rakan-rakan yang nampak sudah kecewa. mereka tak menjawab. aku berusaha menelan daging ayam tanpa mengunyah. seksa. tercekik. azan sudah habis. "macam mana ni? daging ni kena keluarkan. kalau x batal puasa aku."

aku tersedar. mimpi rupanya. jam dah 5.10 pagi. sudah lewat. kejutkan kawan serumah yang lena tidur. "woi, dah 5.10 ni. tak nak sahur ke?", kawan membuka mata sekejap sebelum pejamkan balik. "dah lewat ni, nak sahur ke tak nak?". " kau pergi dululah", katanya sambil pejam mata.

menyusur jalan sepi di pagi hari mencari kedai yang nasih dibuka. "dah tutp dah kedai ni. kedai depan ada lagi. pergi sanalah", monolog aku sendirian. sampai saja di kedai makan, aku tengok meja hidangan da kosong. "ada lauk lagi bang", jerit aku pada tauke kedai. "ada lg", jawapnya dari jauh. aku turun dari motosikal. tengok lauk. dah habis. "ayam ada lagi kak". " dah habis. ni saja tinggal", katanya sambil tunjuk ikan tongkol singgang. "bagi saja kak. lauk separuh".

masa kembali ke rumah, kelihatan dua tiga biji motosikal mundar mandir mencari juadah sahur. sebiji kedai tutp awal dan sebiji kedai yang sudah kehabisan lauk. rezeki aku juga dapat nasi lauk ikan tongkol singgang. sampai rumah pukul 5.25. memang sempat sahur lagi ni~

Monday 15 August 2011

Sang Pemimipi

orang kata
mimpi harus tinggi
mengambil risiko paling tinggi
baru ada daya hidup
daya hidup mengejar mimpi
melaksanakan mimpi

orang kata
mimpi tak boleh melampau tinggi
nanti jatuh
tersungkur
susah nak bangkit kembali

"yang penting bukan seberapa besar mimpi kita
tapi seberapa besar kita untuk mimpi itu"

mimpilah yang tinggi
harus yakin
cari jalan terbaik
realisasikannya

jalan dihadapan bukannya senang..


ilham:
Sang Pemimpi
Andrea Hirata

Thursday 11 August 2011

JIKA

jika bulan mampu bicara

jika bintang mampu senyum bersama

jika angin mampu menari bersama

jika air mampu menyamankan suasana

jika tanah mampu memberi mahligai istimewa

jika..


Monday 8 August 2011

MALAM

malam
mendongak ke langit
memandang jauh ke atas
nampak angkuh

meneliti setiap butiran kerdil
atas satu hamparan yang luas
berkelipan

butiran kerdil
cantik
tersusaun elok atas hamparan luas
bukti kehebatan sang pencipta

atmosfera semakin kelam
ditutup lapisan hitam
menambah kepekatan malam

lapisan hitam
memutup pandangan
pandangan pada yang kerdil
yang jauh di atas sana


sama pada yang kerdil
sama pada bukti sang pencipta
mungkin sama pada sang pencipta


kehidupan semakin diburu kegelapan

Thursday 4 August 2011

Cahaya

siapa kata putih itu bersih
siapa kata hitam itu kotor

cahaya putih menerangi setiap pelusuk alam
mata anugerahNya
melihat segala kemungkaran
kemungkaran manusia
kemungkaran diri

cahaya putih itu
mencelikkan mata
membutakan yang lain

jauh di dimensi lain
kegelapan menyelubungi
terpaku sendiri
terkapai-kapai mencari arah
mencari tujuan
mencari cahaya yang hilang

terlihat suatu cahaya
yang terang
yang tenang
akan ku cuba menggapai
tak sampai
akan ku kejar
semakin jauh

kini tetap sendiri
dalam kegelapan hitam
menunggu sang harapan
meminpin mencari cahaya

Monday 1 August 2011

Cinta

Aku kurang gemar berbicara tentang cinta
Terlalu sempit
Cinta sering dikaitkan antara individu
Seorang individu dengan individu berlainan jantina
Bukan muhrim

Tidakkan kita fikir
Cinta yang lebih murni
Cinta yang lebih luas pengertian
Cinta yang lebih besar maksudnya

Cintakan diri
Cintakan ibu bapa
Cintakan suami atau isteri
Cintakan keluarga
Cintakan ilmu
Cintakan kerjaya
Cintakan bangsa
Cintakan Negara
Cintaka dunia
Cinta pada-Nya

Cinta dalam konteks yang lebih luas
Cinta yang Agung
Cinta yang hakiki



Cinta sesama manusia
Menjauhkan cinta padaNya

sempena bulan ramadhan
tambahkan cinta padaNya
salam Ramadhan

..