Friday, 19 August 2011

Sahur


seperti biasa, waktu bulan puasa, aku akan setkan alarm di telefon bimbit pada pukul 4 pagi. pada pukul 4 pagi ia berbunyi. aku bangun tapi silentkan ia sebelum kembali tidur.

selepas 4 kali bunyi, 20 minit selepas itu, aku terjaga. aku bergegas turun ke dewan makan. tak ramai sangat yang ada. "awal lg ke?", bertanya aku dalam diri. sempat lagi aku borak dengan rakan-rakan. kaunter lauk cuma dibuka satu saja. mungkin sebab pelajar perempuan belum turun.

selang beberapa minit, pelajar perempuan turun. ramai. satu kaunter lagi dibuka. aku dengan senang hati menhambil nasi dahulu.  kaunter nasi diasingkan dari kaunter lauk. lalu aku beratur. panjang. sekejap saja kaunter lauk untuk pelajar perempuan sudah habis. ditutup. maka, dua-dua barisan beratur menuju satu kaunter. sesak.

aku tak tahu mana datang tapi dalam pinggan aku sudah ada seketul ayam, bahagian kepak yang aku suka. aku cuma mahu ketam masak merah yang ada di kaunter itu. tinggal 5 orang saja beratur di depan aku. tiba-tiba lauk habis. semua pelajar keluar daripada barisan. lauk ayam dalam pinggan tadi juga lesap. "siapa ambik lauk aku", marah aku pada mereka yang terdekat. melihat pinggan. ayam sudah kembali ada. seorang kawan dengan muka sedih berada di sebelah. aku tahu dia yang ambil tadi. aku kembali ke kaunter. ada seketul ayam lagi. "ni ada seketul lg", aku memanggil rakan tadi.

aku mencari tempat untuk makan. baru bersila, tiba-tiba azan sudah berbunyi. "sebelum azan habis, boleh makan lagikan?", tanya aku pada rakan-rakan yang nampak sudah kecewa. mereka tak menjawab. aku berusaha menelan daging ayam tanpa mengunyah. seksa. tercekik. azan sudah habis. "macam mana ni? daging ni kena keluarkan. kalau x batal puasa aku."

aku tersedar. mimpi rupanya. jam dah 5.10 pagi. sudah lewat. kejutkan kawan serumah yang lena tidur. "woi, dah 5.10 ni. tak nak sahur ke?", kawan membuka mata sekejap sebelum pejamkan balik. "dah lewat ni, nak sahur ke tak nak?". " kau pergi dululah", katanya sambil pejam mata.

menyusur jalan sepi di pagi hari mencari kedai yang nasih dibuka. "dah tutp dah kedai ni. kedai depan ada lagi. pergi sanalah", monolog aku sendirian. sampai saja di kedai makan, aku tengok meja hidangan da kosong. "ada lauk lagi bang", jerit aku pada tauke kedai. "ada lg", jawapnya dari jauh. aku turun dari motosikal. tengok lauk. dah habis. "ayam ada lagi kak". " dah habis. ni saja tinggal", katanya sambil tunjuk ikan tongkol singgang. "bagi saja kak. lauk separuh".

masa kembali ke rumah, kelihatan dua tiga biji motosikal mundar mandir mencari juadah sahur. sebiji kedai tutp awal dan sebiji kedai yang sudah kehabisan lauk. rezeki aku juga dapat nasi lauk ikan tongkol singgang. sampai rumah pukul 5.25. memang sempat sahur lagi ni~

20 comments:

bujal X said...

lalu kamu makan nasi masa shur eh? aku bantai lempeng je manjang~~keh keh~~

Wan Suhail said...

aku senang saja. tarik asap rokok sepam dua lepas tu pekena teh o panas. tak payah susah2 cari nasi. hehe

(the naked writer) said...

segelas air n rokok pakej yg lengkap bg aku...hehe

intan.maisarah said...

saya minum air aje
hmm

dia makan nasi


hmm

lavender harum wangi said...

lulz, aku makan bubur. iftar dan sahur juga dengan bubur. hari-hari :)

CassiaSiamea said...

bujal : lalu x lalu pun kena mkn gak

suhail & naked : aku x hisap rokok

mai : nasi dah satu kemestian

L : bubur lambuk?? free ke?

Miscellaneous Smiles said...

ak dah kenyng berbuka puasa..=D

~Kenanga Suchi~ - (Cahaya Hati) said...

erkk... tercekik ayam :|
terer la telan terus~
leh ajar~

monologtinism said...

syukur sempat.

kampung dekat mana?
-tiba2-

Khairul Antasha said...

x penah sahur mkn nasi..biasa minum susu & air kosong je..

nak gaduh sgt ke?

Anonymous said...

hari-hari bersahur seorang dan berbuka seorang memang mengharukan.....

CassiaSiamea said...

smile : sahur ngan berbuka lain..ni mesti x sahur ni~

KS : dlm mimpi boleh je telan terus~

mono: slalu sempat je..dlm mimpi je x sempat..kg aku kat pantai timur..

khai : nasi tu dah terbiasa. mungkin dah jadi habit dari negeri aku..haha..gaduh boleh??

anon : xpe la..dah blk kg kn??

lavender harum wangi said...

bubur mama aku masak la~ bubur nasi. hihi

CassiaSiamea said...

L : xpe la dok ngan family..senang~

master said...

siap teruih dr malam lah senang.

vampire's lovex said...

beli la roti...tak yah merempit cari makanan haaaaaa...

aku ingt ko budak skolah awal2 perenggan tu...hahahaha...mimpi rupa nya haaaaaaaaa

Qaseh dalia adelia said...

mula2 mimpi huh..
sempat ke dop makan sahur tu hik3x.. siannye kena cr wife ni .. lalala

catherine- said...

kesian kamu.

xpe.

sedia lauk tepi katil sebelum tido lepas ni yerr...

maCy said...

sempat pulak balik rumah. makan sana la..

isk2 tu la macy dah suruh masak sardin tamau.

jalan pintas. kawin la :p

Nurarnida Sabrina said...

mmg rezeki kau.