1700, 12 julai
Selepas seminggu panas mencengkam tanah yang subur ini, hujan akhirnya turun jua. Hujan petang ini ditemani angin kencang. Pokok meliang-liuk dipukul angin. Daun kering diterbangkan angin entah dari mana-mana. Hujan sememangnya rahmat tuhan. Menghilangkan bahang yang melemahkan gerakanku sejak pagi tadi.
Aku keluar ke beranda. Duduk di kerusi malas yang uzur. Terasa sejuk tatkala butir-butir air hujan ditiup angin sampai ke kulitku yang cuma dibalut baju nipis. Bunyi hujan sungguh mendamaikan. Sesekali bunyi guruh merosakkan suasana. Ah! Itu memang lumrah alam. Sesuatu yang indah sudah pasti ada yang merosakkannya.
Kesunyian itu mengembalikan kembali memoriku. Memori kecilku. Seingat aku, bila hujan begini aku suka duduk ditangga kayu, tangga rumah lamaku dulu. Mendengar derapan air hujan yang menimpa atap genting yang sesetengahnya bocor. Fikiran terawang-awang. Berkhayal. Bayangkan kehidupan masa depan. Kehidupan yang dipenuhi kesenangan, yang mungkin menjadi impian setiap insan. Ah! Mana mungkin ianya menjadi kenyataan, jika aku asyik berkhayal saja. Aku perlu berusaha! Lucunya lagak manusia. Masa muda inginkan dewasa, masa dewasa berlalu ingatkan kembali masa lkanak-kanak.
Berangan dikala hujan? Itu aku lakukan jika aku dihalang. Dihalang daripada mandi hujan. Aktiviti yang menyeronokkkan dikala masih kecil. Waktu hujan kutunggu-tunggu. Bila hujan saja,kami, aku dan sepupu-sepupu akan bersorak gembira. Berlari-lari keluar rumah. Lapok air menjadi keruh. Laman rumah lunyai. Berlari-lari dalam air yang sudah bertukar warna. Jika hujan lebat, lopak air menjadi dalam, kami makin gembira. Diambilnya papan dijadikan peluncur. Masing-masing lagak bagaikan peluncur ombak yang sering kami saksikan di muka-muka televisyen.
Jika hujan tidak lebat. Sekadar menghasilkan lopak air yang kecikl di laman rumah, kami akan hasilkan laluan air. Laluan air untuk gerakkan air dari laman ke belakang rumah. Laluan air yang penuh imaginasi. Ada terowong, ada bebaling yang akan berputar ditolak air dan kapal. Kapal, biasa dibuat dengan kertas. Berlayar, basah dan tenggelam. Begitu cepat kitaran hidupnya. Lalu idea lain dijana. Tetulang dari pelepah daun pisang diambil, dipatahkan menjadi bentuk “V”. Tengah-tengah “V” dicucuk lidi supaya bentuk itu kekal. Ambil getah, letak antara hujung ke hujung. Ambil batang aiskrim yg dipatah pendek, letak antara getah, putar. Jadilah pendayung. “Jom lumba!”
Sejam hujan beransur renyai-renyai. Aku bangkit dari kerusi.
25 comments:
hujan banyak mengundang persepsi perasaan kita kepada suatu yang sudah ditinggalkan.diimbas dan dimenungkan.pada yang belum tiba,dirancang dan dikhayalkan.hujan memenuhi kriteria seorang perenung,pelontar imajinasi,pengulit lena dan seorang manusia yang menikmati kesunyian.
hujan adalah masa yang gugur bersamanya.
hujan itu tenang.lagi lebat lebih tenang. titis titisnya bawa mengalir segala rasa gulana dalam hati
hujan itu indah.
jika kita pandai menghayati keindahan hujan itu
hujan itu bawa rahmat
juga bawa bencana
hujan?
seronok
bila menari dalam hujan
terasa rambut basah,
kepala dongak kelangit dengan harapan supaya masa terhenti.
hujan
itu indah
sering mengundang pelbagai emosi tatkala hujan tiba
terimbau memori lama,
memikirkan masa hadapan..
:)
hujan itu mutiara bukan?
(agak kreative buat bot guna batang aiskrim, aku paling hebat guna bot kertas aje)
terasa panjang pula komen aku ni
~.~
hujan..oo..hujan..kat sini pon hujan jugak..bermonolog la pula.. ;)
hujan itu nikmat~
sudah lama berhujan ....keh3
suka lagu hujan ..mencari konklusi :)
hujan itu buat aku hidup dalam kesejukan . jiwa aku beku.
Sy suke bau ujan.. Kekdg sy mnum jugek air ujan.. Air ujan tu sedap.. Heh air paip tu air ujan ape tp da diproseslah! Hahahahah~
dulu msa aku sekolah, aku suka hujan. bila dah masuk alam pekerjaan ni, aku jadi tak gemar dengan hujan.
lama nye kau duduk kat kerusi tuuuu...sejam !!
aku suka tdo taim hujan hihi
aku suka berjalan dalam hujan :)
org takan tau kalau kita nges
bestnye maen ujan
kenangan .. hehe skang masa dewasa pun masih main hujan lagi =.=
kalau hujan je mesti mata ngatok , sebelum tido berkhayal dulu ,.,berkhayal jadi kaya .. hihi
hujan buat fikiran aku merawang. sama seperti fikiran kau.
aku benci hujan...
intan maisarah, buat entry sendiri la..
time hujan idea nak menulis mencurah2 seperti air hujan yg mencurah di daun keladi
aku suka hujan. nak2 kalau mlm. lena tidur
awak ...
saya suka hujan ^^
rasa nak buat entri hujan juga la, hujan-hujan mcm ni :)
HUJAN BUAT KN KPLA AK PENING.MUNGKIN ANTIBODY KU LEMAH...
hujan itu basah. .
dulu2 hujan main kt longkang belakang rumah.
:)
aku suka tengok titisan hujan ..
hujan memang best..punch card makcik selalu merah time hujan...huhhuhu...
bau hujan.paing aku suka. bau rumput lepas hujan. sedap bau.
Post a Comment