Wednesday, 13 June 2012

Penjuru Kosong

Aku anggapkan dunia ini satu kubikal yang punya empat penjuru. Kubikal yang luas. Tampung seberapa ramai orang. Wujud aku di situ. Dalam kubikal itu, wujud satu cahaya, terang dari pancaran lampu maha cerah. Ada pun ramai orang zaman sekarang memanggilnya sebagai "sport light". Wujudnya manusia puja pujaan di bawah cerahan lampu itu. Ramai manusia ke sana. Mengelilingi bagai semut mendapat gula. Maka wujudlah satu lingkungan manusia mengelilingi pujaan.

Aku terkeluar daripada kumpulan. Hidup aku tanpa pujaan. Aku berlalu dan berehat di suatu penjuru yang kosong. Di penjuru itu, jauh dari keriuhan membantu aku mencari diri sendiri. Aku terus termenung. Cuba berfikir. Menjadi diri sendiri memang sukar bukan?

Sedangkan mereka di tengah sana, tak perlu berfikir apa apa. Mereka tak perlu berfikir untuk jadi apa apa. Pujaan mereka adalah pantulan meraka. Hanya itu yang ingin mereka hajati.

Di penjuru kosong, aku terus sendiri..

2 comments:

intan.maisarah said...

nak teman berdiri di penjuru kosong itu boleh?

EZAN IDMA said...

aku ingin bersama kamu,. kerana aku juga tidak punya apa utk dipuja,. melainkan diri aku sndiri