Sunday 3 June 2012

Sayap

"kembalikan aku sayap dan ajarkan aku kembali terbang"

Aku melihat burung terbang bebas di langit biru. Bebas berkawan, tinggi rendah lalu melucur laju. Bebas! Itu aku jangkakan.

Aku di sini bagaikan burung kakak tua yang patah sayap dan terkurung dalam sangkar lutsinar perspektif manusia. Sangkar pengurung kebebasan! Bagai kakak tua, aku menjadi sebahagian tuan aku. Mengiya apa dikata, buat apa disuruh dan makan apa yang diberi. Siapa tuan aku? Tuan aku masyarakat. Masyarakat yang rigid pemikiran. Serigid mereka, itulah aku. Aku yang terkurung dalam kerigidan mereka lalu aku terus menjadi burung kakak tua. Pandai bercakap tanpa tahu apa-apa.

"kembalikan aku sayap dan ajarkan aku kembali terbang"

Aku kakak tua. Aku cemburu dengan kegagahan, kemegahan dan  kehebatan sang rajawali. Terbang tinggi melangit. Jauh dari sangkar. Bebas.

"kembalikan aku sayap dan ajarkan aku kembali terbang"

6 comments:

Liyana Zahim said...

Aku lg rindukan burung merak di tasik shah alam.. wakakka-

Unknown said...

jika aku punya sayap, akan aku kembalikan kepada kamu

intan.maisarah said...

nah sayap ini.
sayap lutsinar

tapi kamu sendiri yang perlu menggerakkan sayap ini

tanpa bantuan

PenjuruKosong said...

LZ : burung itu tetap terkurung di atas pulau sempit

ezan : aku juga mahu ruang ezan. sangkar ini terlalu sempit utk terbang bebas

intan : tolong hancurkan sangkar juga..

SYARIFF HAIKAL said...

sebenarnya kau hanya perlu yakin dengan diri kau.kau sudah pun ada sayap dan keyakinan itu akan cukup buatkan kau terbang sehebat dan segagah rajawali. persetankan tentang cakap2 yg menjatuhkan..ada 2 jenis manusia.yg satu bahagia bila lihat kau bahagia dan yg satu bahagia tp dengki dgn senyuman sinis.

Paolo Balam said...

untuk apa perlukan sayap jika kau masih dalam sangkar?