Friday, 15 June 2012

Fikir


Aku bukan cerdik
Aku juga bukan bodoh
Tuhan berikan aku akal
Untuk aku berfikir
Untuk tidak menjadi bodoh

Aku bukan pembangkang
Aku juga bukan pak turut
Yang akan segera menurut
Kerana tuhan berikan aku akal
Supaya aku berfikir
Untuk tidak menjadi pak turut

Tuhan berikan aku akal
Supaya aku berfikir
Apa baik
Apa buruk
Sebelum kembali ditanya
“Apa guna akal yang Aku beri?”
Sebelum kembali ditanya
Pada hari yang tak terfikir, pada akal yang berfikir

4 comments:

EZAN IDMA said...

aku punya akal,. tapi kadang2 aku lupakan dia apabila mmbuat sesuatu keputusan. naif kan?

intan.maisarah said...

tak berfikir tapi berfikir

LHW said...

saya bukan manusia. saya cuma bunga. lavender. eh.

SaddLone said...

aku ada akal.kau juga kan?

aaa..umm...