Thursday, 14 March 2013

Orkestra Alam

Kilat sabung menyabung bagaikan sekumpulan gadis sedang mempersembahkan tarian balet ala kebaratan di pentas megah disaksikan miliyar titis air yang bergabung menjadi awam berbentuk raksasa kehitaman, memberat bagaikan mahu runtuh menghempap bumi. Irama seakan paluan gong yang diiringi kumpulan pemain gendang beraneka jenis tanpa diketuai oleh seorang pemusik handal, berkumandang memecah kesepian senja itu. Aku kediginan bagaikan salju akan turun dalam beberapa miliseken lagi. Sekadar melihat dari kejauhan, alam mula berubah. Suatu pesta yang amat, bermula. Seakan menunggu suatu pesta keraian, aku seharusnya gembira tapi kini aku mati rasa. Kedinginan yang aku rasa cuma sekadar luaran kulit. Rangsangan dari reseptor bagai terhalang daripada hantaran saraf yang selama ini aku rasakan dapat berfungsi sempurna. Aku mencari cari mana punca kerosakan sistem diri yang mungkin boleh menyelakakan seluruh hidup dan aku temui suatu sudut yang lopong dalam suatu tempat yang dipanggil hati. Itu kau. Kau yang hilang dan buat aku begini. Menjerit lagi aku dalam pesta alam, senja itu.

5 comments:

APi said...

biarkan, biarkan okestra itu menghiburkan kau. lamabt laun yang lopong itu bercantum kembali.

ghost writer said...

pernah dengar, benda hilang kena cari, tak nak cari boleh ganti lain. biar bukan yang sama, sekurang2nya masih ada musik di hati.

intan.maisarah said...

hai.

Nurarnida Sabrina said...

dia hilang dari hati kau. tp kau sedar bukan hati kau milik kau. Bila hati milik mutlak kau, itu bidang kuasa kau melepaskan, mencari yg hilang, mengganti atau biar ia sendiri. Kadang2 lebih baik biar hati tidak berkongsi, dari diri merana sepi.

hanaahmad said...

isikanlah tempat yang lopong itu dengan hal yang sewajarnya. cari.