Tuesday, 12 March 2013

Dia

Kau meletakkan dia di depan mata, menghalang aku terus merenungmu. Siapa dia? Aku kenal? Dia semakin kerap aku dengar. Dia dia dia dia. Bingar! Aku makin tidak tahu, apakah mungkin pandanganmu masih dapat melihat aku?


Persoalan ini terus menerus menerkam. Siapa dia? Mungkinkah dia dan aku sama? Mana mungkin.


Dengan berat kaki, aku langkah berundur. Cepat atau lambat, aku rasa kau takkan peduli. Atau mungkin aku sudah halimunan depanmu, sama sekali. Jauh. Jauh dari mu. Situ aku berhenti. "Mengapa?". Hanya itu dapat aku soalkan. Betul juga katamu,"Rupa-rupanya cinta itu perlu usahakan".

6 comments:

APi said...

Cahaya di hujung cermin ...

Azhar Ibrahim said...

Amboih, kemain. Apa lagi? Usahalah! - khidmat pesanan daripada orang yang gagal.

ghost writer said...

jadi jangan berundur. usahakan tempat untuk diri kau berdiri di hadapannya. biar jelas dan terkesan. baru namanya cinta perlu usaha.

hanaahmad said...

berusahalah kawan! mungkin ada jalan buat kamu.

~* chirpy_chummy *~ said...

tanya je terus. apa payah?

lavender harum wangi said...

P.O.Y.O