Thursday, 24 May 2012

Penunggang Sesat

aku penunggang sesat
atas jalan hidup
mencari arah tujuan

aku penunggang sesat
menunggang terus ke depan
tanpa peta dan pedoman
hanya aku tahu
adanya depan

aku penunggang sesat
banyak kali berundur
mencari jalan lain
tetapi tetap maju
menuju satu arah
depan

aku penunggang sesat
kembali mencari jalan
walau seribu kali berpusing pusing
tempat sama
tetap ada satu arah
depan

aku penunggang sesat
akan terus menunggang
ke arah depan
hingga tunggangan
mereput dimakan bumi..

2 comments:

hanaahmad said...

harus ada tujuan untuk jauh dari kesesatan.

Khairul Antasha said...

aku penunggang sesat..adakah ini cinta?