Wednesday, 15 May 2013

Jika aku tuhan, tidak kau kuciptakan



Jika aku tuhan
Tidak kau kuciptakan

Untuk apa kau dicipta?
Sekadar sakitkan hati semata
Kau muncul dalam sedar
Menyelinap terus ke dasar
Dalam sedar tak sedar

Pisau menghiris hati
Berkeping-keping
Dicurahnya cuka
Pedih menggila
Untuk apa kau dicipta?

Jika aku tuhan
Tidak kau kuciptakan
*****
Sayang
Aku bukan tuhan
Dan kau telah dicipta
Syukurlah kau pada-Nya

“Hidup tanpa tentangan adalah kebosanan”
Kata mereka
Dan kau adalah tentangan
Akan aku terpaksa terima
Secara terpaksa

Moga
Mendung hari esok
Tidak menghambatku pulang
Sekarang

5 comments:

si ngokngek said...

moga kau temu ketenang.
rilex rilex

APi said...

Makin hari Jacky semakin deep. Penangan apakah?

KonspiMaker said...

tenang tenang saja berhambat dengannya.

hanaahmad said...

Mujur Tuhan menjadikan kau manusia seadanya :)

Anonymous™ said...

Sabar itu indah sedar =)