Monday, 23 January 2012

Penat


Penat

Rehat

Lelap

Gelap

Gelap

Gelap...

Aksara aksara bercahaya muncul
Satu persatu
Ada angka angka
Ada huruf huruf
Ada simbol simbol
Ada pekali pekali
Yang makin aku lupa fungsi
Menerpa masuk
Ruangan gelap ini

Aksara aksara berpusing pusing
Rawak
Membentuk rumus
Membentuk algoritma
Makin kompleks
Makin rumit
Sesak

Aksara memenuhi ruang
Terhad
Sempit
Penuh
Ada yang tercicir terus
Hilang
Lupa

Ruangan hitam makin tepu
Aksara aksara bercahaya
Bergabung
Membentuk ruangan putih
Silau

Terjaga
Masih ada yang perlu aku hafal!


12 comments:

intan.maisarah said...

kesian.

rehat ye bila semua dah selesai.

ghost writer said...

tidur itu lagi bagus dari kepala yang pening.percayalah...

Noreen Natasha said...

apa yg hendak dihafalkan..mana tahu boleh hafal sekali..

hanaahmad said...

satu kata,

bertenanglah.

beautiful_rose said...

tidurlah.... -_-

perempuan ini said...

lapangkan tangan
kosongkan lelah di hati
aksara kau mampu
bukan hanya bersatu
tapi berada disisi
menenangkan

Pembunuh Tanpa Bayang said...

cuba dan terus cuba lagi.mungkin bisa dan kau juga perlukan masa.

theRandomcraps said...

gdluck

CassiaSiamea said...

intan : hahaha..sedang gembira berehat~

ghost : aku percaya..tp kadang2 rungsing jauhkan kita dari tidur

nona : apa yang kita hafal x sama.. nk cuba??

hana : sekarang br boleh

rose : zzz

perempuan : aku belum layak berdamping.. cuba menganggap aksara aksara itu kawan..

pembunuh : aku sering mencuba tp masa tetap cemburu..

random : thanks.. rasanya ia dah berakhir..

Pembunuh Tanpa Bayang said...

tuan punya blog sudah ghaib barangkali...

zakiah nurmala said...

sudah selesai?

EZAN IDMA said...

penat. lepas ni bercuti puas2