Sunday, 19 May 2013

Sudah



Kepada politikus moden
Satu kata mahu aku kata
Sudah!

Sudah sudahlah
Sampai bila?

Sampai bila kau mahu menyeksa
Ini bukan masa
Untuk kau bertakhta
Kerna aku tak lagi selesa

Kau yang menyimpan rahsia
Menyimpan segala rasa
Segala rahsia
Dalam setiap kata
Yang makin meninggi
Setinggi harga diri

Tahukah kau
Sesuatu telah kau curi
Daripada hati ini
Yang tak mungkin mampu
                kau pulangkan kembali

Cukup!
Sudah cukup!
Atau aku
                gunakan hak aku
                sebagai pengundi


Wednesday, 15 May 2013

Jika aku tuhan, tidak kau kuciptakan



Jika aku tuhan
Tidak kau kuciptakan

Untuk apa kau dicipta?
Sekadar sakitkan hati semata
Kau muncul dalam sedar
Menyelinap terus ke dasar
Dalam sedar tak sedar

Pisau menghiris hati
Berkeping-keping
Dicurahnya cuka
Pedih menggila
Untuk apa kau dicipta?

Jika aku tuhan
Tidak kau kuciptakan
*****
Sayang
Aku bukan tuhan
Dan kau telah dicipta
Syukurlah kau pada-Nya

“Hidup tanpa tentangan adalah kebosanan”
Kata mereka
Dan kau adalah tentangan
Akan aku terpaksa terima
Secara terpaksa

Moga
Mendung hari esok
Tidak menghambatku pulang
Sekarang

Friday, 10 May 2013

Perai Kesedihan



Perai kesedihan;
Sepi

Bunga mawar dipagut bisa
Luruh kuntum-kuntum putih
Jadi hitam kelam

Kabus gelap mengelilingi badan
Timbul batang-batang
mawar berduri
Membaluti tubuh
Terpaku bisu

Bagai Jesus yang disalib

Thursday, 9 May 2013

Milo



Pagi tadi aku minum secawan Milo
Suam, tak panas
Kurang manis, tapi tak kosong

Orang kata, koko boleh bangkitkan rasa
Tapi aku rasa, ada yang mati
Terkubur
Mereput
Jadi debu

Dari dalamnya, ia kembali hidup
Segar
Meninggi

Tapi tak sama dengan yang lama

Kenapa perlu aku carikan yang lama?

Wednesday, 8 May 2013

Terakhir Buatmu



"Orang Asing"
Pernah kutulis tentangmu
Dalam lembaran asing
Lembaran yang jauh dari duniamu
Lembaran yang tak mungkin kau sentuh

Kau suatu kewujudan yang salah
Salahmu wujud pada aku
Wujud dalam jiwaku
Wujud dalam nafasku
Wujud dalam ingatanku

Bebaskan
Bebaskan aku dari belenggumu
Belenggu yang menyeksa diriku

Kini
Biar
Biarkan aku hilangkan kau dari kewujudan yang tak mungkin wujud
Tak mungkin wujud lagi
Tak mungkin wujud lagi dlm duniaku

Untuk terakhir kalinya
Aku menulis nama
Dalam ingatan

*ditulis selepas Orang Asing, IFall