Aku
hidup dalam dunia aku. Dunia yang terpisah dari dunia kau pada satu hijab
lutsinar ciptaan aku. Hijab pemisah antara hidup kau dan aku. Hijap yang punya
teknologi secanggih cermin berteknologi tinggi di syarikat syarikat besar.
Cermin yang dapat tembus dari sebelah saja dan sebelah lagi nampak legap. Aku
perhati apa yang kau ada. Hidup kau. Cara kau dan segala gala tentang kau. Aku
tak punya apa apa untuk ditunjuk, ditonjol dan diperhatikan. Sekadar seorang
insan dalam dunia sendiri dan sendiri. Dan aku terus berada dalam dunia aku
tanpa kau sedari walau jarak kita cuma dibezakan sejengkal. Aku tetap dalam
dunia aku. Tanpa kau perhatikan..
Wednesday, 30 May 2012
Thursday, 24 May 2012
Penunggang Sesat
aku penunggang sesat
atas jalan hidup
mencari arah tujuan
aku penunggang sesat
menunggang terus ke depan
tanpa peta dan pedoman
hanya aku tahu
adanya depan
aku penunggang sesat
banyak kali berundur
mencari jalan lain
tetapi tetap maju
menuju satu arah
depan
aku penunggang sesat
kembali mencari jalan
walau seribu kali berpusing pusing
tempat sama
tetap ada satu arah
depan
aku penunggang sesat
akan terus menunggang
ke arah depan
hingga tunggangan
mereput dimakan bumi..
atas jalan hidup
mencari arah tujuan
aku penunggang sesat
menunggang terus ke depan
tanpa peta dan pedoman
hanya aku tahu
adanya depan
aku penunggang sesat
banyak kali berundur
mencari jalan lain
tetapi tetap maju
menuju satu arah
depan
aku penunggang sesat
kembali mencari jalan
walau seribu kali berpusing pusing
tempat sama
tetap ada satu arah
depan
aku penunggang sesat
akan terus menunggang
ke arah depan
hingga tunggangan
mereput dimakan bumi..
Wednesday, 9 May 2012
langkah pertama
aku pemerhati
manusia yang tak sama
berbeza fikiran
berbeza pendapat
berbeza pendirian
aku pemerhati
memerhati mereka bergaduh
memerhati mereka bertekak
memerhati mkereka bermusuh
aku pemerhati
jadikan mereka bahan gurauan
jadikan mereka bahan ejekan
jadikan mereka bahan kutukan
aku pemerhati
masih rigid di sini
sebelum langkah pertama aku mulai
manusia yang tak sama
berbeza fikiran
berbeza pendapat
berbeza pendirian
aku pemerhati
memerhati mereka bergaduh
memerhati mereka bertekak
memerhati mkereka bermusuh
aku pemerhati
jadikan mereka bahan gurauan
jadikan mereka bahan ejekan
jadikan mereka bahan kutukan
aku pemerhati
masih rigid di sini
sebelum langkah pertama aku mulai
Monday, 7 May 2012
hati
bila hati terdetak
mungkinkan??
bila masa berlalu
meninggal
pedih untuk ingat kembali
kerugian
parah
pasrah
mungkinkan??
bila masa berlalu
meninggal
pedih untuk ingat kembali
kerugian
parah
pasrah
Monday, 30 April 2012
Kemuncak
"Biarkan dia pergi"
Kata hati aku tatkala hati yg kosong minta diisi. Kata orang jodoh tak ke mana. Itu kata orang. Kata orang lagi, kalau cinta lepaskan saja. Dia akan kembali jika dia benar benar cintai kita. Persetankan semua. Semua mitos belaka. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Buat apa kita usaha? Tanpa usaha apakah hasilnya?
Aku mencari sedikit ruang dalam kepala yang semakin sempit. Memikirkan sesuatu yg takkan sudah. Buat apa aku fikir benda yang tak mahu aku fikirkan lagi? Aku cuma mahu hidup cara aku. Cara paling sederhana. Bukan pilih cara hidup senang tanpa risiko cuma hidup tanpa susahkan orang. Hidup mengikut arus. Arus yang sesuatu hari semakin meningkatkan usia. Tua itu pasti. buat apa takut? Ada masa, sampailah waktu. Waktu itu aku akan berada di kemuncak hidup.
Subscribe to:
Posts (Atom)