Thursday, 14 March 2013
Orkestra Alam
Kilat sabung menyabung bagaikan sekumpulan gadis sedang mempersembahkan tarian balet ala kebaratan di pentas megah disaksikan miliyar titis air yang bergabung menjadi awam berbentuk raksasa kehitaman, memberat bagaikan mahu runtuh menghempap bumi. Irama seakan paluan gong yang diiringi kumpulan pemain gendang beraneka jenis tanpa diketuai oleh seorang pemusik handal, berkumandang memecah kesepian senja itu. Aku kediginan bagaikan salju akan turun dalam beberapa miliseken lagi. Sekadar melihat dari kejauhan, alam mula berubah. Suatu pesta yang amat, bermula. Seakan menunggu suatu pesta keraian, aku seharusnya gembira tapi kini aku mati rasa. Kedinginan yang aku rasa cuma sekadar luaran kulit. Rangsangan dari reseptor bagai terhalang daripada hantaran saraf yang selama ini aku rasakan dapat berfungsi sempurna. Aku mencari cari mana punca kerosakan sistem diri yang mungkin boleh menyelakakan seluruh hidup dan aku temui suatu sudut yang lopong dalam suatu tempat yang dipanggil hati. Itu kau. Kau yang hilang dan buat aku begini. Menjerit lagi aku dalam pesta alam, senja itu.
Tuesday, 12 March 2013
Dia
Kau meletakkan dia di depan mata, menghalang aku terus merenungmu. Siapa dia? Aku kenal? Dia semakin kerap aku dengar. Dia dia dia dia. Bingar! Aku makin tidak tahu, apakah mungkin pandanganmu masih dapat melihat aku?
Persoalan ini terus menerus menerkam. Siapa dia? Mungkinkah dia dan aku sama? Mana mungkin.
Dengan berat kaki, aku langkah berundur. Cepat atau lambat, aku rasa kau takkan peduli. Atau mungkin aku sudah halimunan depanmu, sama sekali. Jauh. Jauh dari mu. Situ aku berhenti. "Mengapa?". Hanya itu dapat aku soalkan. Betul juga katamu,"Rupa-rupanya cinta itu perlu usahakan".
Tuesday, 26 February 2013
Jatuh dan Hilang
Ia sudah lama wujud
Menyorok dari dalam
Tak terzahir
Pertama kali ia muncul
Jatuh
Tenggelam
Timbul
Tenggelam
Timbul
Terdampar
Diseret ombak
Tenggelam
Timbul
Terdampar lagi
Diseret lagi
Tenggelam
Timbul
Terdampar
Terdampar
Terdampar
Terbiar
Terbiar
Kering
Panas
Rekah
Reput
Hancur
Hilang
Menyorok dari dalam
Tak terzahir
Jatuh
Tenggelam
Timbul
Tenggelam
Timbul
Terdampar
Diseret ombak
Tenggelam
Timbul
Terdampar lagi
Diseret lagi
Tenggelam
Timbul
Terdampar
Terdampar
Terdampar
Terbiar
Kering
Panas
Rekah
Reput
Hancur
Hilang
Sunday, 17 February 2013
Suatu Kenangan
Seusia
semuda tiga tahun, aku sudah bersama alam. Di sana, di bawah pokok pulai tua,
di tengah bendang, bersisikan pepohon renek tak terjaga. Seingat aku, di situ
tempat tidur, buaian adikku, yang masih kecil, tak kenal dunia. Di tempat itu,
bermulanya hidupan kita. Saat itu, musim hujan mula undur, masa untuk permulaan
rezeki. Petani, tak kira tua, muda, lelaki atau perempuan, mula melebar langkah
dalam lumpur. Tidak terkecuali ayah dan juga ibu, yang masih menyusukan adik.
Di bawah pohon pulai itulah, segala keringat mengering. Di sini asal kita. Dari
sini besarnya kita. Dari alam.
Adik
masih lagi tak tahu apa. Tidur dan merengek terus dalam buai, tergantung dahan
pulai. Dan aku, jadi penjaga. Saat kau lena, aku gembira. Saat itu aku kenal
air, tanah dan udara, penghidup kita. Anak ikan yang sering berenang melawan
arus tepian tebing yang bocor adalah pesona. Burung tak pernah sunyi berkicau
dan selut yang dingin menyaluti kaki yang tak pernah kering. Alangkah indah
alam. Tapi aku tak pernah abaikan untuk adik dalam buaian.
Satu
saat aku terkejut. Seekor ular muncul dari celahan pokok renek. Aku kaget lalu
menjerit. Berkejar ayah ke mari. "Ini tak apa. Cuma ular tak
berbisa", ayah sekadar menghalaunya. Kata ayah, semua ada penjaga.
Hidupnya bukan untuk sia-sia. Alam ini bukan sia-sia.
Saat ini
aku kembali. Pulai utuh itu telah tua, meruntuh. Dahannya tidak serimbun dulu.
Semak renek sudah habis ditebang. Ia tidak lagi jadi tempat teduhan. Yang tidak
punya kepentingan harus dihapuskan. Kata ayah, semangat padi sudah hilang.
Thursday, 7 February 2013
Laut, Langit dan Terbang
Aku
berteleku di ruang tamu rumah sewaku. Ruang antara 5 x 7 meter terasa sempit
walaupun ianya kosong. Aku memandang tikar getah coklat bercorak motif yang tak
dapat aku pastikan. Yang pasti, pandangan aku tidak di situ. Ia telah jauh
berada melepasi simen lantai. "Aku perlu magis tuhan!", hanya itu
fikiranku. Aku sangat perlu keajaipan tuhan.
Dalam
beberapa saat, belakang baju T aku mula mengoyak. Sepasang sayap putih, putih
sebersihnya, muncul. Aku terkedu. Membisu. "Ini keajaipan tuhan!",
aku menjerit, cuma mengepakkan sayap. Ia berfungsi! Aku tak perlukan masa yang
lama. Terus aku berlari ke beranda dan terbangkan diri buat pertama kalinya.
Aku meluncur laju ke udara.
Semakin
lama, semakin laju, semakin jauh, semakin tinggi aku terbang. Pertama kali aku
terbang sebelah menyebelah dengan helang, haiwan yang telah lama aku kagumi. Ia
tetap gagah, anggun dan berlagak penguasa di langit tinggi. "Aku kini sama
denganmu!", jeritku pada sang helang yang tak mungkin dapat ia faham. Aku
bakal penguasa langit yang baru!
Sudah
jauh aku terbang. Akhirnya aku sampai ke sempadan. Sempadan yg zenith,
infiniti. Langit biru terbentang luas. Laut juga biru terbentang luas. Bertemu
di hujung horaizon tak bertepi. Langit, laut dan terbang. Kombinasi terbaik
kebebasan. "Ini. Bebas!", jerit aku mendongak langit. Segala rasa
hilang dan diri rasa ringan. Aku merasa tiap tiap angin yang lalu dari tiap
roma. Damai. Demi merasai angin, mata aku pejamkan.
Aku
bukan Icarus, si dewa bertubuh manusia bersayap putih. Aku cuma manusia biasa
yang tak mungkin terima kesaktian tuhan. Memang tidak aku mampu menafikan kuasa
tuhan, tapi aku tidak terlalu suci untuk terima mukjizat daripada-Nya. Perlahan
lahan, aku bukakan mata. Aku masih di sini, berteleku atas lantai kehidupan,
dengan penuh rasa sesal...
Subscribe to:
Posts (Atom)