Friday, 22 August 2014

Selamat Ulang Tahun



Aku menuliskan ini buatmu;

Kau tahu yang dunia ini hitam putih sebelum wujudnya warna itu? Warna itu berubah bermula perang padamu.Dari perang itu munculnya biru, merah dan ungu pada bibirmu.

Dunia ini indah. Cukup indah dinikmati bersamamu.

Untuk tahun ini;
Selamat Ulang Tahun Buatmu,

bersama harapan, akan ada ucapan ini untuk tahun tahun mendatang.

Terima kasih, sayang

Saturday, 12 April 2014

Kalimat kalimat adalah burung burung
 yang bebas dari kurungan sangkar

Dan kau
 dahan dahan
 tempat kalimat kalimatku bersarang

Thursday, 3 April 2014

Mata

Mata.

Sejak kecil aku sering terfikir tentang mata dan imej imej. Adakah benar realiti dengan apa yang aku nampak depan mata. Contohnya, jika aku melihat tangan sendiri, adakah begitu bentuknya? Adakah pada realitinya tangan itu sepatutnya lebih gemuk, atau lebih kurus atau bentuknya seperti tangan tangan alien yang sering aku tonton di layar televisyen. Adakah pandangan mata aku benar benar menzahirkan apa yang ada depan mata, bukan imej yang dibuat buat oleh fikiran?

Melalui teori fizik, aku tahu setiapobjek akan diserap oleh kanta mata dan ditangkap dalam bentuk songsang oleh otak. Anehnya kita tetap objek yang kita lihat adalah berbentuk tegak, bukan songsang seperti yang dirakam mata. Hebat otak kita bukan? Jadi, adakah apa yang aku dapat lihat di hadapan aku benar benar atau tafsiran minda yang mahu melihat itu?

Kini, hanya satu kepastian. Sesuatu yang pernah aku lihat dan sentiasa dalam ingatan.
Senyumanmu.

Senyumlah.

Tuesday, 18 February 2014

Haiku, Gadis dan Jaka

Malam yang sepi
Ku tunggu senyumanmu
Curi hatiku

Malam yang sepi
Wajah dalam ingatan
Curi senyumku

Di pohon mapel
Senyumanmu menampal
Ditiup bayu

Di pohon mapel
Ingatanku menyegar
Dedaun mekar


17/02/2014

Saturday, 11 January 2014

Doa

Di dada
 kita tanamkan doa doa
 bersiram harapan dan cita cita
Agar yang tumbuhnya merimbun
 dan buah manisnya
 adalah senyuman insan

Pada doa
 aku sulamkan namamu
Agar namamu kekal tertancap
 pada dada yang rapuh

Dalam nama
 tersimpan jutaan rahsia tuhan
 untuk kita terokai

  bersama