Thursday 3 April 2014

Mata

Mata.

Sejak kecil aku sering terfikir tentang mata dan imej imej. Adakah benar realiti dengan apa yang aku nampak depan mata. Contohnya, jika aku melihat tangan sendiri, adakah begitu bentuknya? Adakah pada realitinya tangan itu sepatutnya lebih gemuk, atau lebih kurus atau bentuknya seperti tangan tangan alien yang sering aku tonton di layar televisyen. Adakah pandangan mata aku benar benar menzahirkan apa yang ada depan mata, bukan imej yang dibuat buat oleh fikiran?

Melalui teori fizik, aku tahu setiapobjek akan diserap oleh kanta mata dan ditangkap dalam bentuk songsang oleh otak. Anehnya kita tetap objek yang kita lihat adalah berbentuk tegak, bukan songsang seperti yang dirakam mata. Hebat otak kita bukan? Jadi, adakah apa yang aku dapat lihat di hadapan aku benar benar atau tafsiran minda yang mahu melihat itu?

Kini, hanya satu kepastian. Sesuatu yang pernah aku lihat dan sentiasa dalam ingatan.
Senyumanmu.

Senyumlah.

2 comments:

si ngokngek said...

aku terfikir benda yg sama.dan emosi.mcm kita suka ke sesorang.baiknya dia itu betul atau ditutup oleh perasan suka itu.curious jgak

AdinataGus said...

aku pernah tanya seorang kawan,"kau nampak pensil case ini sama warna mcm aku nampak tak?dia kata manalah aku nak thahu" mindblown terus.