Thursday 21 March 2013

Aku, Kau dan Kotak

Suatu kotak. Aku berada dalam sana. Sejak sekian lama. Ianya tinggi. Dan legap. Tiada cahaya dapat tembus. Dengan usaha yang lama, satu lubang kecil berjaya aku tebuk. Dan di luar, kau yang pertama wujud.

Kau dan kebebasan, menari riang. Ruang yang terbuka luas. Dari sekecil lubang yang aku tebuk, aku mahu berjalan di sampingmu. Berada di sebelah kananmu dengan lima jari tangan kiri bersama lima jari tangan sebelah kananmu terpegang erat. Itu aku mahu!

Kotak ini masih kukuh. Kotak ini masih tinggi. Lubang itu masih kecil. Dari dalam, kau berlari lari riang. Bersama mereka yang lain.

4 comments:

ghost said...

jangan sekadar meraikan kebebasannya hanya dari dalam kotak. ada usaha pasti boleh bersama.

AdinataGus said...

Satu hari cahaya pasti bawa bayangnya terus tepat mengena mata aku.

Azhar Ibrahim said...

Kemon Jack! Kemon!

hanaahmad said...

Percayalah, usaha itu sentiasa membuahkan hasil. Sama ada yang baik ataupun tidak, kita harus jadi pemberani. Jangan jadi pengecut Jack, luahkanlah!