Tuesday 22 January 2013

Bintang Kecil


Tarikh yang sama, pada puluhan tahun yang lalu, sebiji bintang jatuh tepat ke bumi. Ianya kecil, tapi tetap berdaya hidup dan juga cahaya. Lahirnya penuh dirai bagi mereka, sang pemuja yang mengharap rezeki dari bintang kecil. Bintang itu dijaga rapi, belum jua dapat berikan haba dan cahaya. Mereka dalam kesejukan. Akan tetapi, bintang itu sedar, akan ada masa ia patut bersinar, terang. Hari demi hari, ia berusaha, terbitkan sedikit haba dan bersinar. Semua merai gembira. Namun ia tetap tak lama. Mereka kembali kecewa.

Sang bintang mahu bersinar lagi!

2 comments:

Mia said...

walau dia jauh lebih besar bebanding bulan , kerdipan dia pasti buat semua tertawan .

gua merepek apa nih T_T haihh . oke . natijahnya , gua suka bintang ! gittew .

AdinataGus said...

Ayuh jadi bintang yang terus nyala tanpa rasa ada hilang asa.