"Tengu!",
teringatkan sesusuk tubuh berparuh burung, sepasang sayap dan kipas angin.
"Apa mungkin ia masih boleh terbang?"
Rembulan
yang jauh, tinggi melepasi awan. Aku di bumi masih lagi mendongak melihat
kecantikannya. "Mana mungkin ia jatuh ke riba. Aku patut
dapatkannya!", aku berfikir. Ada jarak perlu aku tempoh. Menegak.
Tengu
yang kepenatan terlihat lena di atas gunung tertinggi selepas penat melompat
dari satu gunung ke satu gunung. Dengan pantas, sayap tengu perlu aku curi
bersama kipas anginnya.
Ia
berhasil. Aku sedang terbang menggunakan sayap tengu. Kipas angin aku gunakan
untuk gerakan angin supaya aku lebih laju ke hadapan. (Mungkin juga ke atas?)
Semakin
lama, bumi yang telah lama aku pijak semakin jauh aku tinggalkan. Lapisan awan
putih nampaknya lembut dan nyaman. Terasa ingin aku berehat sebentar tapi
keinginan untuk terus sampai ke bulan, menghalang. Aku teruskan jua perjalan.
Perjalanan
itu cukup memenatkan. Separuh nyawa serasa bagai sudah tercabut dari badan.
Bulan tetap di hadapan.
Lama
kelamaan sayap tengu kelemahan. Mungkin ia tidak serasi bersama badan aku? Persoalan itu tidak sempat aku jawab dan aku terus terjatuh atas awan pejal.
Sayap tengu hilang daya kuasa. Aku terperangkap dalam pelukan lembut awan yang
selesa. Sayap tengu terus hilang fungsi dan aku takkan mungkin terus mendekati
bulan. Rasa rindu pada rembulan tak lagi bisa dibendung. "Rembulan, hanya
dari sini saja dapat kau aku tatap. Berbahagialah di sana!"
Aku,
bagai pungguk rindukan rembulan.
3 comments:
Kalaulah tengu tu wujud alam nyata.
tengu
apakah.?
Lempang Tengu ni kang.
Post a Comment