Thursday 20 December 2012

Subuh yg Terlewat


"Tanpa mimpi, orang macam kita akan mati"

Aku teringat frasa itu yang aku pungut dari buku "Sang Pemimpi". "Aku harus mimpi. Mimpi hebat hebat", aku, tekad lalu aku terus bermimpi dan bermimpi. Lena dan aku tenggelam. Dunia mimpi. Lupa. Dunia nyata.

"Subuh itu sudah dekat", jerit mereka, hampir di telinga. Dari dunia sana aku persoalkan,"Kenapa dengan subuh? Aku perlu bangkit? Belum puas aku bermimpi. Aku masih belum mahu mati". Aku, terus terlena. Alam itu sungguh indah. Mereka terus menjerit,"Subuh itu sudah dekat". Pekakkan telinga dan terus lena.

"Subuh itu sudah dekat!"

Tersedar. "Adakah subuh itu sudah dekat?", tertanya, separuh menjerit. Tanpa jawapan.

Ufuk timur menggelap.

6 comments:

ghost said...

subuh itu sudah dekat, jangan terlepas solat okay

Wadi AR said...

kau susah nak bangun subuh ke macam mana

SYARIFF HAIKAL said...

kita perlukan impian bukan mimpi..mimpi cuma satu permainan maya..keluar dan usah la hidup dlm mmpi.jgn terlalu ashik bermimpi sampaikan kita sudah tidak tahu beza dunia nyata dan maya..kelak sendiri bisa binasa.

Pan. said...

tiap hari aku bermimpi... teringat lagu couple. keh keh

lavender harum wangi said...

+10000000 RT"@SYARIFF HAIKAL :kita perlukan impian bukan mimpi..mimpi cuma satu permainan maya..keluar dan usah la hidup dlm mmpi.jgn terlalu ashik bermimpi sampaikan kita sudah tidak tahu beza dunia nyata dan maya..kelak sendiri bisa binasa."

feyza said...

tido lah weii..

ak setan belah mata punya ni..

hahaa