Saturday 17 November 2012

Hujan; Menjeritlah

Ketika itu, aku sedang berlari dalam hujan di suatu padang yang luas. Dalam hujan maha lebat, aku cuba dongakkan kepala ke langit. Bukan aku ingin marahkan tuhan. Tidak mungkin. Tidak terdetik sedikit pun.

Teringat kembali pada saat itu. Beberapa ketika sebelum masa ini. Kau menjerit tidak kepadaku, dengan lantang diikuti dentuman kilat sambar menyambar. Tidak. Kilat itu datang dari dalam diri. Suatu kejutan yang tak pernah aku ramalkan. Juga bkn kuasa aku untuk jadi peramal takdir tuhan.

Kau telah pergi, hanya selepas beberapa saat perkataan tidak itu keluar daripada mulutmu. Tinggallah aku bersama kilat yang masih berdentum, tanpa henti. Tertanya kembali aku pada diri. Apakah aku yang bersalah. Tidak! Ini semua salah takdir tuhan. Siapa aku untuk salahkan tuhan?

Dalam hujan itu, aku terus berlari. Tanpa henti.

2 comments:

Wadi AR said...

tuhan sahaja yang tahu

ghost said...

kalau sudah kau tak salahkan tuhan dengan takdir-NYA, maka janganlah terus berlari. berhentilah.