Monday 22 October 2012

Ayam dan Bulan

Bertanya ayam pada bulan,"mengapa kau tak muncul di siang hari?". Kecewa ayam kerna tak mampu menikmati kecantikan bulan, seperti yang dia dengarkan daripada pelbagai spesis nakturnal lain. Rasa ingin tahu buat dia ingin benar bertembung dengan rupawan bernama bulan.

Bulan di atas sana sering melihat ayam ketiduran bila sampai masanya. "Mengapa tidak kau tunggu aku", bulan mengeluh resah. Diperhatikan saja ayam tanpa kembali diperhatikan. Rasa sedih sering muncul tapi selalu terselindung antara awan hitam. Kini, wajah purnama makin kelam.

Kokokan pertama ayam di pagi hari, bulan mula hilangkan diri. Berulang ulang setiap hari hingga pupusnya bumi ini.

2 comments:

ghost said...

ayam bukan sang punggok yang sanggup tunggu.

Gillette Flores said...

Jika sudah tidak ditakdirkan bersama, begitulah ceritanya :)