Monday 8 August 2011

MALAM

malam
mendongak ke langit
memandang jauh ke atas
nampak angkuh

meneliti setiap butiran kerdil
atas satu hamparan yang luas
berkelipan

butiran kerdil
cantik
tersusaun elok atas hamparan luas
bukti kehebatan sang pencipta

atmosfera semakin kelam
ditutup lapisan hitam
menambah kepekatan malam

lapisan hitam
memutup pandangan
pandangan pada yang kerdil
yang jauh di atas sana


sama pada yang kerdil
sama pada bukti sang pencipta
mungkin sama pada sang pencipta


kehidupan semakin diburu kegelapan

20 comments:

intan.maisarah said...

kamu tahu,
penulisan kamu kali ini,
mengingatkan ku pada gambar seorang rakanku di muka buku
gambar mendongak kelangit yang kelihatan angkuh.



betapa kerdilnya diri ini jika di bandingkan dengan kuasa yang MAHA ESA,

cukup cukup la di hurung kegelapan.
malam indah jika ada sinaran rembulan

catherine- said...

cahaya nya mana?

saya takut gelap.nanti sesak nafas.

PenjuruKosong said...

sara: ada ye..cuba tanya dia..dia angkuh atau apa..indah malam diterang rembulan..manakan nampak bila atmosfera ditutup hitam~~

cath: belajar mendampingi gelap malam..tido malam mesti lebih lena...

intan.maisarah said...

dia pernah cakap kat aku, dia bukan angkuh, dia cuba "poyo".
tiup tiup atmosfera hitam

catherine- said...

kalau ada yang teman xpe...
kalau sendiri... =="""

angker tahu!

Qaseh Dalia said...

gelap terlayang di dada langit , kelam , selamat malam heee

Unknown said...

kegelapan itu yang mngjar kite erti berani

~Kenanga Suchi~ said...

aku selalu mendongak lihat langit malam...
tapi yang jadi jamahan mata hanyalah sang rembulan...
aku selalu lupa akan bintang-bintang berkelipan...
mungkin dah tiba masa untuk menghayati satu persatu kerlipan itu...

monologtinism said...

lena apa tidur dalam gelap.
aku tak boleh lena pun mula2.

nasib baik ada bintang bulan.
walau hujan ribut petir gelap.
masih ada cahaya dalam kelam~

jangan biar hidup dselubungi dengan misteri~ kerana dalam kegelapan itu ada misteri~

Wan Suhail said...

xpe,habis gelap terbit lah terang

si para para said...

di sebabkan gelap itu lahirnya cahaya yang menerangi...
berpeganglah pada sumbu cahaya walau perit seperti memegang bara api..

Nurarnida Sabrina said...

aku suka gelap.sbb buat aku hrgai chya

Anonymous said...

nyala kan lilin utk hapuskan kegelapan.

Jaha Zack said...

aku kah yg intan maksudkan??
aku cuma nk ambik gambar je.

intan.maisarah said...

hihih..
terasa ke abe jaha?

si para para said...

sekarang dah siang
:)

Liyana Zahim said...

Yg melihat dari sini jauh lebih kerdil..
Kebesaran yg Khuluk mmg tiada tandingannya..
Mana tiang pada langit yang tergantung gah di sana..
Mana sepmadan pada laut yang tidak melimpah mbanjiri bumi?
Mana semilir yg mberi damai saat berpuput,
Hebatkan DIA?

feyza said...

*terasa~

Anonymous said...

Mohon singgah untuk menyampaikan berita baik!

Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi super kool edisi terhad + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!

Kalau anda berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, check it out - butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini kat:

http://diskopi.wordpress.com

Anda boleh juga download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini dalam jpeg file dan meletakkannya kat blog, website atau facebook anda supaya kawan-kawan anda yang lain juga tahu tentang peluang baik ini.

Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan anda yang kat online mahu pun offline.

Terima kaseh.

lavender harum wangi said...

kalau malam berhujan, kau rasa, possible tak untuk kita tetap lihat butiran kerdil tu?