...
Andaikan kita sistem suria
Kamu
Sekeliling aku
Matahari aku
Memancar cahaya
Cahaya kehidupan
Aku
Sekadar bulan
Mengembalikan cahaya itu
Kembali kepada kamu
Walau tidak secerah cahaya kamu..
Takkala matahari hilang cahaya
Bulan terus malap
Tiada cahaya
Untuk dipantul kembali
Cahaya kehidupan itu
Kegembiraan kamu
Untuk kita kongsi bersama
Untuk aku pantul kembali
Kepadamu
Tuan empunya cahaya
Jika kamu bersedih
Memalapkan cahaya itu
Aku tidak mampu lagi
Bercahaya..
Janganlah kamu
Si matahari
Pudarkan cahayamu
Kerana
Tanpa cahayamu
Aku mati
Tanpa seri..
18 comments:
entah mengapa aku lebih selesa menjadi bulan..
:)
mungkin ada matahari mengelilingi kamu..
tiada matahari.. :)
matahari ska punya la sara. pergi cari bintang lain :p
hai cassiasiamea. ada nama pndek ta? :p
KDG KALA KEHADIRAN MATAHARI DAN BULAN LANSUNG X LAGI DIPEDULIKAN...BILAMANA SAAT KEDUANYA TIADA LAGI..RAMAI AKAN BERDUKA.
sara: ada..saat kamu bergembira..mungkin kamu yg tak perasan
ska : hai..cassia pun boleh..matahari juga bintang..
syariff : saat matahari dan bulan tiada, mungkin dunia ini sudah kiamat..
itu ska kata, matahari ska punya. cari bintang lain. kiddo..
~ska amat obses pada objek langit..
kenapa saat kita gembira sahaja matahari itu hadir?
kenapa tidak pada saat kita berduka?
ska : cari saja satelite..ada cahaya juga..lampu..
sara : saat berduka..datang sang suria..gembirakan kita..masih berduka lg??
duka, lambat nak sembuh.. aku pilih bulan.
duka..lambat sembut..tp akan sembuh juga kan??
dunia kita hanya ada satu bulan~~
bulan satu, bintang banyak..
rambang mata..
hahha
perlu masa untuk duka sembuh,
perlu ada penawar.
byk bintang
byk pilihan
pilihan di tangan kamu
hahaha
masa saja penawarnya..
biar bintang yang cari aku.
:)
kemain kan.haha
masa. ruang. persekitaran. penawarnya
bagai menunggu bulan jatuh ke riba
hahaha
tetiba
sekali sekala apa salahnya..untuk kita lebih hargai matahari.
matahari itu satu dan bulan itu satu. panggilkan juga bintang-bintang untuk jadi peneman hari.
Salam kembali ^^
Saya suka puisi ni :)
Post a Comment