Thursday 23 June 2011

Ego

..



Ego..
Kau selalu disalahkan
Dalam tiap pergaduhan
Tiap bertaruhan
Perjudian

Bagiku..
Kau tidak bersalah
Kau adalah senjataku
Menyelamatkan aku
Dari kekalahan
Membangkitkan kembali semangat juang
Melawan hingga ke titis-titis penamat

Kau jua penampal
Penampal segala lubang-lubang bocor
Yang menonjolkan kelemahanku
Dari dilihat mata-mata yang selalu mencari
Mencari kelemahan aku
Untuk dibongkar
Untuk memalukan diriku

Tapi kau
Jangan biarkan diri
Dipergunakan aku
Sebagai penutup
Segala kesalahan aku
Kerana bukan itu
Fungsi kewujudanmu padaku

19 comments:

intan.maisarah said...

"besar kesilapan ku.. besar lagi keegoan mu, hampa yang kau rasakan, hampa lagi perasaan ku..."


itu lagu...

PenjuruKosong said...

lgu apa??
x pernah jumpa lirik tu..

intan.maisarah said...

lagu siti nurhaliza
kamu ape tau
kamu kan layan rock kapak aje

Unknown said...

ego perlu ada. tp jgn smpi memakan dri

monologtinism said...

ego. entah apalah yang bermain-main di dalam kepala.

Anonymous said...

nak 'ego' sekilo.

ghost said...

ada masanya kita perlu singkirkan ego kalau mau kejayaan dalam perhubungan.

~Kenanga Suchi~ said...

ego juga penting adakalanya... aku akui... itu lambang perkasaan lelaki dan juga wanita jika tidak berlebihan...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua membuang ego kumen di sini

.drakula. said...

aku suka ego ..best....boleh eksen...keh3

feyza said...

ego itu perasa..
hee~~

Unknown said...

ego tu model moto yamaha.

skandaLdariLangit said...

kenapa mahu gunakan dia?

tidak bersyukurkah?

PenjuruKosong said...

ska: ego juga anugerah tuhan..hanya perlu kawal dia..bkn dia yg kawal kita..

. said...

ego penting sebnarnya :)

Rain said...

yes, u r rite..

ego perlu ada, kawalan pnting..

vampire's lovex said...

jangan la ego sangat..susah wooo nak paham org yang jaga ego dia...tp aku yakin ko boleh akwal ego kau lagi.. aite? xD

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

ego biarlah selari dengan karma sutera ... hoho

Mawar Berduri said...

ego lawan dia adalah kesabaran..