Monday 11 April 2011

Memori

memori
sebuah kotak pengingat
pengingat sejarah kehidupan
dari dulu hingga kini

memori
kewujudanmu suatu misteri
susah diungkap dengan kata-kata
kekuatan ciptaan yang maha esa

kekadang terfikir
berapa besar memoriku
adakah sebesar RAM atau ROM
yang dipakai pada komputer
dan barangan digital?

kekadang terfikir
berapa banyak memori yang digunakan
berapa banyak ruang yang tinggal
berapa banyak boleh diisi
sebelum ianya rosak musnah dimamah usia

tetapi memori
kenapa kau selalu lupakan
segala kenangan manisku
dan meningatkan aku kembali 
kisah-kisah dukaku
walaupun perit bagiku 
cuba lupakannya

tapi
aku masih bersyukur
kurniaan yang diberi
kan kugunakan sebaik mungkin



5 comments:

Solihin Zubir said...

memori daun pisang... :D

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

memori adalah rahsia diri sendiri :) fill it with joy then ...

intan.maisarah said...

aneh bukan
memori ini
lebih banyak menyimpan
kenangan yang diri sendiri mahu lupakan
dari kenangan yang indah.
yang bahagia :)

atau jiwa raga yang mempengaruhi memori sendiri untuk memilih .

ghost said...

kelebihan memori yang sering kali kita tidak dapat melihatnya dengan memikirkannya tapi cuma mampu merasainya...

ghost said...

cassia,jangan dibiar terlalu lama donk aku punya keinginan untuk membaca entrymu...